berita

‘204 Orang Petugas Di IDCC Shah Alam Positif Covid-19’ – Khairy Jamaluddin

July 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam, Selangor akan ditutup hari ini susulan kes positif Covid-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.

Menerusi sidang media Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, 204 orang petugas di PPV IDCC didapati positif Covid-19 setakat ini.

204 positif covid-19

Menurut Khairy, seramai 204 daripada 453 orang petugas didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dilakukan. Tambah beliau, pasukan petugas yang baharu akan digantikan esok selepas PPV itu dibuka semula. Sebelum ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) telah mengambil langkah segera untuk menutup PPV itu selama sehari bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.

Sebaik sahaja saya dapat maklumat mengenai keputusan saringan semalam, saya telah mengarahkan supaya penutupan dilakukan segera. Kedua, memaklumkan kepada mereka yang mempunyai janji temu hari ini menerusi sms dan hebahan media. Mereka juga akan diberi janji temu yang baru. Ketiga, beberapa orang petugas akan hadir ke IDCC untuk memberitahu mereka yang hadir bahawa PPV tersebut ditutup hari ini. Keempat, kesemua petugas diasingkan bagi mengelakkan sebarang penularan wabak tersebut.

Di samping itu, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai lalu untuk membuat penilaian kendiri dan menjalankan ujian saringan jika bergejala.

Sumber: Khairy Jamaluddin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×