berita

23 Tahun Hilang! Mawar Rashid Syukur Bertemu Kembali Dengan Adik Kandung

July 8th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon, Mawar Rashid meluahkan rasa terharu dan syukurnya kerana dapat bertemu kembali dengan salah seorang adik kandungnya selepas hampir 23 tahun hilang.

Artikel Berkaitan: ‘Say Hi To, Raden Seri Riyanna Sayang’ – Mawar Rashid Selamat Bersalin Anak Ketiga

Adik dari isteri ketiga arwah bapa

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu memaklumkan bahawa arwah bapanya mempunyai tiga orang isteri dan ibunya merupakan isteri kedua.

Jelas Mawar, dia langsung tidak pernah berjumpa dengan anak-anak dari isteri ketiga arwah bapanya itu.

23 tahun adik kandung Mawar hilang.

Arwah Papa Mawar ada tiga isteri. Mommy Mawar nombor dua. Tapi Mawar tak pernah jumpa adik-beradik Mawar dari isteri nombor tiga tu. Mungkin pernah jumpa, tapi lupa sebab masa tu sangat-sangat kecil, umur Mawar lima tahun.

Di akhir hantarannya itu, Mawar sempat bergurau dengan menyangka dirinya merupakan anak yang terakhir dalam keluarganya namun ternyata mempunyai dua orang adik kandung.

So selepas 23 tahun, ni lah pertama kali jumpa adik kandung Mawar. Dapat peluk, dapat bercakap, dapat kenal dengan lebih mendalam.

Nama dia Aireen. Aireen ada sorang lagi adik perempuan. So kira Mawar ada lagi dua orang lah adik kandung perempuan. Selama ni duk fefeeling anak bongsu, tapi sebenarnya I ada adik lagi sis. Hehe.

‘Terima kasih Kak Mawar’

Menjengah di ruangan balas, Aireen dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada Mawar atas layanan yang diberikan. Adik kepada aktres itu turut menyatakan kegembiraannya dapat bertemu kembali dengan kakak kandungnya itu selepas hampir 23 tahun berpisah.

Posting Mawar Rashid

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×