berita

24 Hari Bertarung Nyawa Di ICU, Wanita Maut Angkara Tindik Bibir – ‘Jangkitan Dah Merebak Ke Otak’

July 14th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Padah melakukan tindikan bibir pada dua bulan lalu, seorang wanita berusia 20 tahun dilaporkan maut selepas mengalami jangkitan otak.

Meninggal lepas tindik bibir

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Star, Andressa Souza berusia 20 dilaporkan meninggal dunia selepas 24 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Selatan Brazil. Menurut ibu Andressa, anak perempuannya itu menderita jangkitan otak dua bulan selepas menindik bibir dengan bayaran hanya RM47.50. Sejak daripada itu, Andressa mula mengalami sakit kepala dan demam yang teruk.

Dia kemudian membawa anak perempuannya itu ke hospital sebelum dia ditempatkan ke wad ICU kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot. Doktor memaklumkan bahawa jangkitan tersebut telah memasuki salur darah Andressa melalui aksesori tindikan berkenaan sehingga merosakkan 37 peratus otaknya.

Susulan daripada itu, doktor telah melakukan pembedahan dan intubasi ke atas mangsa sebelum dia disahkan meninggal dunia pada 9 Julai lalu. Menurut doktor, jika terselamat, Andressa kemungkinan tidak sedarkan diri dan tidak mampu hidup normal akibat kegagalan fungsi otak.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×