berita

25 Tahun Bergelar Pelakon, Hans Isaac Umum ‘Bersara’ Dari Dunia Seni – ‘Semua Perkara Baik Akan Ada Pengakhiran’

December 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Instagram Datuk Hans Isaac

Selepas 25 tahun bergelar pelakon, Datuk Hans Isaac akhirnya membuat keputusan untuk mengundur diri dari dunia lakonan. Pengumuman mengejutkan itu dilakukan Datuk Hans Isaac menerusi satu perkongsian di Instagram.

‘Sudah tiba masanya untuk undur diri’

Foto: Instagram Datuk Hans Isaac

Menerusi perkongsian tersebut, Datuk Hans Isaac memberitahu kini sudah tiba masanya untuk dia menumpukan perhatian kepada bidang lain selain memberi peluang kepada pelakon baharu untuk beraksi dalam industri lakonan tanah air.

Menurut Datuk Hans Isaac, banyak pengalaman yang dilaluinya termasuklah menerima beberapa anugerah sepanjang bergelar seorang pelakon.

Semuanya bermula apabila Datin Paduka Shuhaimi Baba memberi peluang kepada saya melakonkan watak dalam filem Ringgit Kasorrga pada tahun 1994. 30 daripada filem cereka, sejumlah besar drama dan rancangan TV kemudiannya, diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar dan memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi Buli Balik bersama Afdlin Shauki untuk dilakonkan di Filipina (Miss You Like Crazy) ke filem Singapore City Sharks, dan kini sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri.

‘Peminat saya adalah kawan saya’

Foto: Instagram Datuk Hans Isaac

Meskipun bidang lakonan bukanlah merupakan minatnya, tetapi Datuk Hans Isaac mengakui sepanjang tempoh tersebut, dia belajar untuk mencintai kerjayanya itu. Malah Datuk Hans Isaac mengakui mahu dirinya terus berkembang dalam mencapai sesuatu matlamat dalam hidup. Jelasnya lagi, walaupun menginginkan yang terbaik tetapi dalam masa yang sama dia tetap memberi peluang kepada orang di sekelilingnya.

Harapan saya adalah untuk mengarahkan satu lagi tetaer muzik di Istana Budaya suatu hari nanti dan akan terus meluangkan masa untuk membina empayar saya. Kerana jika tidak ada orang yang percaya kepada saya sebelum ini, maka tidak akan ada Hans Isaac si pelakon.

Dalam kesempatan itu, Datuk Hans Isaac berkata dia akan terus menyokong industri lakonan. Dia juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang pernah bekerjasama dan memberi kepercayaan kepadanya selama ini.

Saya selalu mengatakan peminat saya dalah kawan saya. Mereka sentiasa bersama saya sepanjang perjalanan saya. Terima kasih atas sokongan selama ini dalam apa jua yang saya lakukan.

Seperti yang mereka katakan, semua perkara yang baik akan ada pengakhiran.

Sumber: Datuk Hans Isaac

SKIP THIS AD ×