berita

28 Anak, 4 Isteri Tinggal Di Rumah Sewa Sempit. Bila Nak Tolong Uruskan Anak Ke Sekolah, Si Bapa…

May 4th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebuah keluarga hidup dalam keadaan serba daif dan kekurangan di dua rumah sewa bersama anak seramai 28 orang anak dan 4 isteri. Pengalaman ini dikongsikan sendiri oleh sukarelawan Nur Ima Rahman yang berkunjung menghulurkan bantuan kepada keluarga besar ini.

Ketika berbual mengenai persekolahan anak-anak, si ayah mempunyai pendapat yang bercanggah. Meskipun sudah dipelawa untuk mendaftarkan anaknya ke sebuah tahfiz berdekatan, namun tetap ditolak tawaran tersebut hanya kerana…

Tinggal di rumah sewa yang sempit

Sukarelawan Ima Rahman menceritakan kesusahan terpaksa ditanggung keluarga yang tinggal dengan menyewa di rumah yang sempit bersama 28 orang anak. Difahamkan, anak-anak dari keluarga tersebut semuanya tidak mendapatkan pendidikan di sekolah.

Anak 28 orang. Sulung 20an dah lari tinggalkan keluarga, tinggal adik berderet-deret dan paling bongsu umur setahun. Isteri ke-4 kini sedang mengandung lagi. Menyewa 2 buah rumah yang sempit, zakat bayarkan sewa. 1 rumah ada 2 bilik. 1 bilik, milik 1 isteri. Anak-anak tidur mana? Berselerakkan dalam rumah asalkan masih di bawah bumbung (Katanya anak-anak perempuan di dalam bilik. Harap-haraplah betul).

Anak-anak semua tak sekolah. Kata bapanya dia tak ada transport nak hantar anak-anak ke sekolah. Dulu pernah orang kebajikan bantu sewa van untuk anak-anak. Tapi anaknya keluar tak mahu duduk dalam kelas. Bapanya kata anak-anak minda usahawan, genius. Umpama burung, tak suka terkurung.

Ini kali ke-2 kami jejakkan kaki ke rumahnya. Pukul 12.00 tengahari, ketuk pintu kuat, hampir 5 minit baru buka sebab isi rumah baru bangun tidur. Dan 5 minit pula tunggu dipelawa masuk, sebab masing-masing kelam kabut kemas rumah.

Mereka turut berbual bertanyakan perkembangan anak-anak di sekolah. Namun, si ayah menjawab sudah ada perancangan untuk menghantar anak masuk ke tahfiz. Bukan itu saja, sukarelawan ini turut mencadangkan sebuah pusat tahfiz yang terletak di Klang, milik sepupunya untuk membantu kemasukkan anak-anak tadi ke situ.

Namun, pelawaan tersebut ditolak oleh si ayah yang menginginkan anak-anaknya mendapat ilmu di Pondok Pasir Tumboh di Kelantan. Malah, si ayah difahamkan tidak mempunyai kenalan di negeri itu dan tetap bertegas untuk menghantar anaknya ke sana kerana menganggap itu merupakan sekolah pondok yang terbaik di Malaysia. Dia turut bercita-cita untuk memberi anak-anaknya peluang melanjutkan pelajaran ke Cairo.

Banyak NGO sudi hulurkan bantuan

Posting sebelum ini bagaimanapun telah diturunkan bagi menghormati keluarga tersebut dan memohon maaf kerana tidak berniat menviralkan posting berkenaan. Terbaharu, Ima Rahman berkongsi perkembangan terkini di mana terdapat beberapa oleh termasuk NGO yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga ini. Di samping itu, pasukan sukarelawan ini turut mendoakan agar anak-anak itu akan bebas dan mengenali dunia di luar sana suatu hari nanti.

Alhamdulillah. Asbab post sis siang tadi, public figure dan beberapa lagi NGO PM sis dan sudi hulurkan bantuan buat anak soleh solehah. Insyaallah kita support takat mana yang boleh. Jadi sis take down post tersebut. Bukan intention sis untuk viral pun.

Buat anak-anak, mungkin hari ni kamu semua rasa malu. Tapi suatu hari nanti, kamu akan bebas keluar dari kepompong dunia itu, kamu akan lihat dunia yang lebih indah. Yang tidurnya selesa, makannya cukup, dan boleh ketawa seronok mencari ilmu bersama kawan-kawan.

Sumber: Nurul Ima Rahman

SKIP THIS AD ×