
Rasa tanggungjawab terhadap negara dan masyarakat mendorong seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Vince untuk terus istiqamah menjadi penderma darah sehingga berjaya mencatat 28 kali pendermaan.
Artikel Berkaitan: Individu Dedah Jasa Salah Seorang Mangsa Tragedi Bot Keselamatan Jatuh Di Pelantar Minyak – ‘Arwah Penderma Darah Setia’
Artikel Berkaitan: Kucing Kesayangan Kritikal, Awal Ashaari Mohon Bantuan Penderma Darah
Penderma darah setia

Menerusi satu hantaran di Threads, Vince berkongsi pengalaman apabila pernah menerima panggilan daripada sebuah hospital yang memaklumkan darah yang didermanya telah digunakan untuk membantu seorang kanak-kanak Melayu yang menghidap talasemia.
Saya berbangsa Cina. Saya telah menderma darah sebanyak 28 kali, dengan setiap kali sebanyak 450cc. Jenis darah saya ialah AB+ RR+.
Hospital Seberang Jaya pernah menghubungi saya beberapa kali. Saya pernah bertanya mengapa pihak hospital sering menghubungi saya.
Doktor menjawab, ‘Sebab darah awak sepadan dengan darah seorang kanak-kanak Melayu yang menghidap talasemia’.
Tambah Vince, dia tidak pernah mempersoalkan kepada siapa darahnya akan disalurkan kerana baginya setiap insan berhak mendapat peluang untuk terus hidup.
Darah saya tidak pernah mengenal Melayu, Cina atau India. Darah hanya mengenal satu tujuan, iaitu menyelamatkan nyawa. Apabila ada yang memerlukan, kita saling membantu tanpa mengira bangsa. Saya anak Malaysia.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai wargamaya yang tersentuh dengan semangat perpaduan dan nilai kemanusiaan yang ditunjukkan Vince.
Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut meninggalkan komen di ruangan balas sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanannya serta semua penderma darah di negara ini.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Vince dan semua penderma darah yang terus menderma darah tanpa mengira sebarang perbezaan.
Kisah ini mengingatkan kita semua bahawa darah tidak pernah mengenal kaum, agama atau latar belakang. Ia hanya tahu satu perkara, menyelamatkan nyawa.
Sebanyak 28 kali menderma, setiap titisan darah itu menjadi harapan dan penyelamat kepada seseorang individu, termasuk dalam kisah ini seorang kanak-kanak. Itulah ihsan, lambang kasih sayang tanpa sempadan.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

