Cawangan kelapan restoran 10 Gram yang baru sahaja dibuka di IOI Putrajaya Mall tampil dengan kelainan apabila pelanggan berpeluang untuk merasai pengalaman memasak sendiri hidangan yang dipesan.
Masak steak sendiri!
Pengurus Pemasaran 10 Gram, Akma Mokhtar berkata, pelanggan yang memesan menu jenis ‘steak’ akan memasak sendiri menu berkenaan di atas meja sekali gus memberi satu pengalaman berbeza buat mereka.
Jelas Akma, pelanggan tidak perlu berasa khuatir kerana pelayan restoran akan membantu dan menunjukkan cara penyediaan yang betul.
Untuk outlet baru ini kami ingin memberi pengalaman berbeza dan baharu buat pelanggan di mana mereka yang pesan steak boleh masak sendiri hidangan itu di atas meja.
Idea asal itu datang selepas lihat beberapa restoran yang membuat perkara sama, pelanggan boleh masak sendiri. Saya lihat juga rakyat Malaysia suka kepada perkara yang viral.
Pelanggan tidak perlu risau sebab akan ada pekerja restoran yang akan mengajar cara masak steak itu.
3 kedai dalam 1
Melanjutkan bicara, Akma berkata cawangan kelapan itu merupakan cawangan pertama yang menggabungkan tiga buah kedai 10 Gram iaitu 10 Gram Classic, 10 Gram Bakers & Steak dan 10 Gram Thai dalam sebuah restoran.
Untuk outlet kelapan yang kami buka di IOI Mall Putrajaya ini sangat special berbanding cawangan yang lain. Sebabnya di sini kami gabungkan tiga kedai dalam satu iaitu 10 Gram Classic, 10 Gram Bakers & Steak dan 10 Gram Thai.
Siapa yang datang outlet ini lengkap semua hidangan, kalau mahu nasi ada, mahu western pun ada dan banyak lagi, lebih 100 menu yang ditawarkan.
Malah, dekorasi yang kami guna di outlet kelapan ini juga menggabungkan ketiga-tiga buat kedai.
Selepas ini juga, outlet yang akan dibuka kami akan buat konsep yang sama dengan outlet kelapan iaitu gabungkan tiga kedai dalam satu.
Sementara itu, Akma menyatakan pihaknya mempunyai perancangan untuk menambah bilangan cawangan 10 Gram di seluruh Malaysia.
Kami juga bercadang untuk buka lebih banyak lagi outlet. Sehingga kini kami mempunyai 6 outlet di Lembah Klang, satu di Kuatan, Pahang dan satu di Kemaman, Terengganu.
Ada cadangan juga untuk buat setiap negeri satu outlet. Pelbagai perkara juga akan diambil kira dan dinilai memandangkan nama 10 Gram ini baru ingin dikenali. Dalam masa sama, kita lihat juga peluang yang ada untuk kami tambah lagi outlet.
10 Gram IOI Putrajaya Mall beroperasi seawal jam 10 pagi hingga 10 malam dan boleh memuatkan 120 orang pelanggan dalam satu masa.
Untuk maklumat lanjut mengenai 10 Gram boleh ke Instagram @10gramgourmet atau hubungi 011-7019 2895 atau terus ke https://10gramgourmet.com.