berita

3 Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Fiza Halim ‘Fikir Panjang’ Nak Terima Lamaran Duda VIP

July 5th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim seakan-akan sudah serik untuk mendirikan rumah tangga kerana pernah tiga kali gagal dalam perkahwinan.

Artikel berkaitan : 3 Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Fiza Halim Diceraikan Melalui WhatsApp

Artikel berkaitan : Lama Diamkan Diri, Saiful Apek Akhirnya Jawab Foto ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim

Artikel berkaitan :Foto ‘Mesra’ Fiza Halim, Saiful Apek Undang Persoalan

Terbaru, Fiza dikatakan dilamar seorang kenamaan berstatus duda berusia 50 tahun yang ingin menjadikan dirinya sebagai isteri.

Dilamar duda berstatus VIP

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim akui rasa bingung dan tergamam apabila dilamar oleh duda berkenaan. Bagaimanapun, dia masih tidak terfikir lagi untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Tambahnya, jika dia berkahwin lagi dan kemudian bercerai pasti dirinya dikecam oleh netizen walaupun penceraian tersebut merupakan luar daripada kawalannya.

Jujur saya masih berkira-kira dalam hal mencari pengganti. Saya kena berfikir panjang soal masa depan.

Siapa yang tidak serik berkahwin dan berpisah. Tiga kali saya melalui fasa sama. Berkahwin, ada anak dan kemudian jadi janda. Minta simpang perkara itu terjadi lagi.

‘Bukan soal materialistik’

Jelasnya lagi, dia yang bakal memasuki usia 40 tahun itu perlu serius dalam soal bercinta dan rakannya turut menasihati agar dia berkahwin dengan lelaki yang sudah berusia serta memiliki kehidupan yang stabil.

Dalam konteks ini, bukan soal materialistik atau mata duitan, tapi lebih realistik. Jadi istilah pisau cukur itu tidak sesuai digunakan atau perlu dilihat dalam skop yang lebih jauh. Tidak semestinya cari lelaki yang berada sebab hendak kikis duit.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×