berita

‘3 Perdana Menteri Dalam Masa Setahun?’ – Anwar Ibrahim Umum Dapat Majoriti Tubuh Kerajaan

September 23rd, 2020 | by Wan
Kini Trending

Sebentar tadi, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mendapat majoriti penuh bagi mentadbir dan menubuhkan kerajaan baru.

Sokongan penuh

https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/377421079950498/

Menerusi sidang media khas yang berlangsung, Anwar memberitahu beliau sudah mendapat perkenan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa lalu namun ditangguhkan selepas baginda mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Kini saya telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada ahli-ahli parlimen. Ingin saya menyatakan, majoriti juga menyokong daripada kalangan ahli parlimen Melayu dan Islam.

Anwar turut menafikan kerajaan yang bakal ditubuhkan bukan ‘kerajaan pintu belakang’.

Ini kerajaan yang telah mendapat mandat dan sokongan daripada semua pihak.

SKIP THIS AD ×