berita

3 Peristiwa Menarik Di Perkahwinan Anzalna & Hanif… Fazura Nampak Macam Pengantin!

February 28th, 2016 | by Ai
Kini Trending

hanzalna main

Malam tadi telah berlangsungnya majlis resepsi aktres jelita Anzalna Nasir dan pilihan hatinya, Hanif Zaki di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur. Bertemakan Royal British/Fairytale, resepsi tersebut berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriah dengan kehadiran rakan artis yang meraikan perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini.

Menariknya, majlis gilang-gemilang kedua mempelai ini menampilkan kelainan daripada majlis resepsi artis-artis lain. Jom ushar 3 perkara unik dalam resepsi #Hanzalna ini!

1. Gaun Pengantin Anzalna BUKAN Berwarna Putih!

gaun anzalna

gaun anzalna1

gaun anzalna.

Sesuai dengan tema Royal British/Fairytale, gaun pengantin Anzalna ini memukau setiap tetamu yang hadir. Jika warna putih sudah terlalu klise dipakai pengantin pada hari resepsi mereka, Anzalna bijak memilih gaun berwarna-warni yang menyenangkan pandangan mata. Ternyata kelainan ini menjadi apabila dia tampil unik di hari bahagianya!

Screenshot 2016-02-28 11.55.32

Gaun unik tersebut adalah hasil ilham dan rekaan kreatif Teuku Putra Aziz. Ia turut mendapat pujian pereka fesyen tempatan berprofil tinggi, Rizalman Ibrahim.

2. Doorgift by Dior!

dior1

dior2

dior3

 

Baju dah ikut tema, of course lah doorgift pun nak ikut tema, kan? Hebatnya, doorgift resepsi ini ditaja oleh jenama wangian dan kosmetik British terkenal iaitu Dior.

Memang gempak dan lain dari yang lain, rakan artis macam Hanis Zalikha dan Nora Danish pun excited upload gambar doorgift unik ni di Instagram mereka!

3. Baju Fazura ‘Setanding’ Pengantin!

fazura1

Selain gaun Anzalna, busana yang disarung Fazura mencuri perhatian mereka yang hadir di majlis resepsi #Hanzalna malam tadi. Kebaya moden yang ditempah khas itu adalah hasil rekaan Rizman Ruzaini.

fazura2

fazura3

fazura4

Baju cantik dipakai oleh orang cantik, bertambah cantiklah jadinya. Tengoklah tu, sampai rakan-rakan artis pun tak nak lepaskan peluang bergambar dengan Fazura!

Nah, kami belanja lagi gambar-gambar sekitar majlis resepsi #Hanzalna ini buat tatapan anda!

hanzalna1

hanzalna03

hanzalna04

hanzalna05

artis ramai2

artis ramai

Kami dari OhBulan mendoakan kebahagiaan Anzalna dan Hanif sehingga ke akhir hayat. Semoga dapat membina rumahtangga yang mawaddah, sakinah dan warahmah sepanjang masa. Amin.

Sumber: Anzalna, Nora Danish, Fazura, TV3

SKIP THIS AD ×