![]()
Tiga dekad sudah anugerah berprestij ‘Anugerah Juara Lagu’ menyajikan penonton dengan koleksi lagu-lagu terbaik di Malaysia.
Lagu Potret dendangan Akim & The Majistret telah diumumkan selaku juara di AJL30 dan rata-rata memang ramai berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Namun, ada beberapa perkara kelakar dan pelik yang berlaku di AJL 30 semalam. Apa dia?
1. Baju Fara Fauzana yang failed
![]()
Bermula dengan dress berwarna biru laut yang agak melihatkan ‘kesadoan’ lengan pengacara itu, persalinan kedua Fara Fauzana pula dilabel seperti ayam turki. Hurmm..
![]()
Bagaimanapun, menerusi instagram Rizalman, pereka fesyen itu menjelaskan bahawa Fara Fauzana terpaksa memilih baju itu berikutan baju yang ditempah dengan pereka fesyen lain tidak mengikut tema. Takpelah. Janji tutup aurat kan?
![]()
![]()
Ini pula respon Fafau bila bajunya dikritik. Well, she is super cool! Tak cepat melatah pun.
2. Sound system yang hancur
![]()
Ermm.. kami pun rasa benda yang sama. Kenapa eh sound system AJL30 ni macam teruk gila? Ke sound tv rumah kami yang out?
3. Baju Dayang Nurfaizah diilhamkan daripada penyapu? LOL.
![]()
Baju Dayang Nurfaizah juga turut menjadi bahan lawak netizen. Namun, Rizalman tidak cepat melatah dan berjenaka bahawa bajunya itu adalah diinspirasikan daripada penyapu ahli sihir.





![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)


