berita

3 Perkara Utama Yang Korang Kena Fikir Bila Family Masuk Hospital. Hmm.. Stressnya!

September 29th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Bila terdapat ahli keluarga yang dimasukkan ke wad agaknya apa yang korang rasa? Contohnya, anak jatuh sakit atau isteri nak bersalin. Kalau admin, rasa cuak dulu, yelah siapa tak risau kan orang yang kita sayang tiba-tiba sakit.

Tapi korang tau tak, selain risaukan keadaan ahli keluarga yang sakit. Kadang-kadang korang juga terpaksa menghadapi masalah lain yang timbul.  Hmm.. Korang pernah tak berhadapan dengan situasi macam ni? Stress kan?

1. Macam mana nak bayar bil hospital ni?

Bil hospital merupakan perkara yang paling ditakuti bila anak, isteri atau ahli keluarga kita dimasukkan ke wad. Jika penyakit yang tidak melarat dan mudah sembuh dengan pengambilan ubat mengikut saranan doktor, mungkin kos yang korang perlu keluarkan tidaklah begitu banyak. Lebih-lebih lagi jika menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan.

Namun ,cuba bayangkan jika ahli keluarga korang menghidap penyakit kronik atau terlibat dalam kemalangan yang memerlukan pembedahan segera. Korang terpaksa mengeluarkan pembelanjaan yang agak besar tau. Bagi mereka yang tidak berkemampuan perkara ini amat membebankan.

Jadi sebelum terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi kepada family member korang mungkin korang boleh mendapatkan perlidungan awal dengan melanggan insurans. Betul tak?

2. Mana nak parking? Isteri aku nak bersalin ni!

Kekurangan tempat parkir merupakan perkara yang paling merimaskan terutamanya ditempat awam. Kadang-kadang dah sampai kawasan hospital tapi terpaksa berpusing-pusing mencari parkir. Paling risau kalau isteri kat sebelah tiba-tiba nak bersalin tapi kita pula tak jumpa parkir.

Belum lagi situasi bila nak melawat ahli keluarga di hospital tapi parkir penuh, sampai kadang-kadang terpaksa double park dan bergaduh sebab rebut tempat parkir. Korang pernah tak hadap situasi ni?

3. Nak tinggal anak, takde orang jaga, takkan nak bawak pergi hopital pula?

Ni situasi yang selalunya dialami oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil. Nak tinggalkan dengan ibu bapa takut membebankan mereka. Tapi kalau nak bawa anak-anak ke hospital kesian pula dengan diorang sebab tiada tempat menunggu atau berehat yang proper.

Nak-nak kalau fasiliti di hospital, sering kali tak diselenggara dengan baik sampai menyusahkan banyak pihak. Antara fasiliti yang kurang di selenggara ialah kerusi menunggu pesakit dan rumah pelawat yang disediakan di sesetengah hospital. Perkara ini secara tidak langsung memberi bebanan kepada kepada keluarga pesakit. Kesian kan?

Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil dengan projek ‘Better Brighter’ Anjung Kasih @ Hospital Serdang 

Menyedari permasalahan yang dihadapi oleh keluarga pesakit, TNB tampil bagi membantu menaik taraf untuk menyediakan kemudahan penginapan sementara secara percuma kepada waris-waris pesakit dari luar bandar dari seluruh negara yang terpaksa menjaga ahli keluarga mereka menjalani rawatan di Hospital Serdang.

Kalau korang nak tau, ni merupakan projek kedua yang dikendalikan oleh TNB. Projek pertama ialah Better Brighter Dormitory IJN Foundation ,Tenaga Nasional yang terletak di Institut Jantung Negara (IJN) yang dikendalikan IJN Foundation. Projek ini merupakan kolaborasi pertama yang dikendalikan bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Projek ini dibangunkan bagi mengelakkan waris pesakit menjadikan kaki lima serta seluruh kawasan Hospital Serdang untuk tidur dan berehat. ‘Better Brighter’ Anjung Kasih @ Hospital Serdang menawarkan 102 buah katil yang ditempatkan di kedua-dua tingkat bangunan dalam kategori katil bujang lelaki dan wanita, serta bilik keluarga. Bangunan dua tingkat ini akan menempatkan penghuni wanita di tingkat atas manakala tingkat bawah bagi penghuni lelaki.

Semalam Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyaraka telah pun merasmikan projek ini dan melawat kawasan sekitar.

Antara kemudahan lain yang disediakan di bangunan termasuklah:

  • Surau lelaki dan wanita – sebuah bilik bagi penghuni lelaki dan wanita
  • Mesin membasuh dan mengeringkan pakaian – sebanyak 4 unit
  • Tempat menjemur pakaian
  • Ruang rehat mempuyai televisyen
  • Ruang permainan kanak-kanak
  • Tempat memasak
  • Tandas dan bilik mandi – 20 bilik
  • Bilik kaunseling
  • Bilik penginapan OKU

Kemudahan ini menyasarkan golongan waris pesakit yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, tinggal di kawasan jauh dari hospital, tidak mampu menampung kos pengangkutan ulang-alik ke hospital, tidak mampu menyewa hotel atau bilik penginapan dan  menerima rawatan susulan yang tinggal jauh dari hospital.

Diharapkan kemudahan ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. So, korang gunalah kemudahan ini dengan sebaiknya supaya dapat digunakan oleh semua pihak. Malaysia dah baru kita pon kenalah berubah juga ya!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×