berita

3 Petugas KKM Nyaris Lemas, Bot Terbalik Sebelum Diselamatkan Orang Kampung

December 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang petugas kesihatan di kawasan pedalaman adalah mencabar. Terutamanya buat mereka yang dalam perjalanan untuk merawat pesakit-pesakit dengan menaiki bot untuk merentasi sungai.

Tiga orang petugas KKM dilaporkan terjatuh dari bot yang dinaiki mereka di Sungai Tembeling, Pahang. Detik cemas itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh penduduk-penduduk kampung sebelum petugas tersebut hanyut dibawa arus deras sungai.

Bot petugas kesihatan tenggelam

Terima kasih kepada penduduk Kampung Bantal, Ulu Tembeling. YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada penduduk Kampung Bantal yang membantu dan menyelamatkan tiga orang petugas KKM dalam satu kejadian bot karan tengahari tadi.

KKM amat menghargai dan menyanjung tinggi tindakan berani tersebut. Segala kebaikan dan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Bantal ini harus disuburkan menjadi nilai-nilai murni dalam masyarakat Malaysia. Pengorbanan ketiga-tiga petugas KKM yang terlibat dalam kejadian itu amatlah tinggi dalam melaksanakan tugas dan amanah mereka pada negara ini. Anda semua adalah wira-wira barisan hadapan negara.

Dimaklumkan, tiga orang petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Kampung Bantal nyaris lemas apabila bot yang dinaiki mereka terbalik dan dibawa arus Sungai Tembeling. Seramai 20 orang penduduk di kampung itu telah berjaya menyelamatkan petugas-petugas kesihatan tersebut yang difahamkan mereka dalam perjalanan merawat pesakit di Kampung Mat Daling.

Dibawa arus deras

Bot dikatakan terbalik berpunca daripada masalah enjin sebelum tersangkut pada pokok di tebing sungai. Akibat kejadian itu, semua petugas KKM tersebut hanyut dibawa arus. Sebaik menyedari kejadian itu, kira-kira 20 orang penduduk kampung bergegas menyelamatkan semua petugas KKM.

Detik cemas itu menyaksikan penong pegawai perubatan dan seorang tekong bot sempat berpaut pada dahan pokok berhampiran manakala pekerja am terbabit berpaut pada bot dan dibawa arus sejauh 300 meter sebelum berjaya menyelamatkan diri dengan bergayut di dahan pokok berhampiran.

Semua petugas KKM yang memakai jaket keselamatan diselamatkan oleh penduduk yang datang membantu. Malah, bot tersebut ditemui dalam keadaan terbalik kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Sumber: KKM

SKIP THIS AD ×