Kalau korang isi minyak di PETRONAS, korang perasan tak minyak RON 95 yang dah pun diperbaharui? Haa..baru-baru ni PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) telah memperkenalkan PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive baharu!
Yang powernya lagi, PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive ni menjanjikan pemanduan yang lebih lancar, prestasi enjin yang responsif dan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan. Cool!
Tapi, ada lagi yang kami nak share dengan korang pasal PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive ni..Nak tahu tak? Meh baca sini..
Teknologi terkini dicipta untuk pengalaman pemanduan optimum..
Pernah tak bila drive, kereta rasa macam bergegar, semput-semput dan pemanduan rasa macam tak lancar? Eh..tapi korang tahu tak, minyak yang diisi dalam kereta sebenarnya boleh mempengaruhi kelancaran enjin kereta korang tau. Mungkin dah tiba masanya untuk korang bertukar ke PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive!
Minyak baharu ini direkacipta dan dikaji selidik di world-class facilities di Eropah dan Amerika Syarikat, dan turut diuji di Malaysia.
Setiap pemandu hanya mahukan pemanduan lebih lancar, enjin yang lebih responsif dan cekap. Jadi, melalui PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive ni, PETRONAS berharap ia dapat memenuhi setiap keperluan pengguna sekaligus, memberikan pemanduan yang lebih lancar, responsif dan efisien.
Nak tahu apa yang hebat tentang PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive ni? Jom kami bagitahu..
1. Mengurangkan geseran untuk enjin yang lebih lancar!
Mungkin korang rasa perkara ni tak penting, tapi sebenarnya ia membantu meningkatkan prestasi enjin kereta korang tau!
Istimewanya minyak baharu PETRONAS ni, ia dibantu dengan teknologi pertama seumpamanya di dunia iaitu Dual Friction Modifier bagi mengurangkan kadar geseran 20%* lebih berkesan berbanding pengubah geseran tunggal terdahulu. Kesannya, enjin kenderaan menjadi lebih lancar.
Kalau tak faham, korang tengoklah perbezaannya ni:
2. Membersih dan menghalang kotoran enjin
Kalau cakap pasal penjagaan kereta, orang hanya pentingkan kebersihan luaran kereta. Tapi ramai yang tak pentingkan penjagaan dalaman kereta, terutamanya enjin. Itu yang membuatkan kita tak sedar bila enjin bermasalah, tersumbat dan berbunyi.
Haa..bagusnya PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive ni, ia juga hadir dengan double detergent yang berupaya membersihkan sehingga 99%* deposit karbon dan memastikan injector enjin bersih, sekaligus membentuk halangan pelindung kekotoran enjin.
Bukan tu je, tapi ia turut membantu fuel injector melakukan semburan bahan api yang lebih baik untuk pembakaran yang lebih cekap. Bila pembakaran jadi lebih efisyen, ia akan mengoptimumkan kuasa enjin dan seterusnya memberikan pemanduan yang lebih responsif!
3. Penambahan anti karat yang melindungi enjin
Yang lebih awesome, PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive ni turut diformulasi dengan rumusan baru anti karat untuk melindungi permukaan enjin daripada karat. Ini bermakna, perlindungan 2x ganda* untuk komponen enjin kenderaan korang sambil mengekalkan pemanduan yang lebih efisien di atas jalan raya!
Lebih 70% pengguna dapat merasai perbezaan PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive!
Pada 2018, satu ujian rawak telah dilakukan dengan lebih daripada 200 kenderaan tempatan dan antarabangsa yang popular, membandingkannya dengan PETRONAS Primax 95 yang sebelumnya dan sampel minyak lain di pasaran.
Hasilnya, 70% daripada responden menyatakan bahawa PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive memberikan pemanduan yang lancar, responsif dan efisien berbanding minyak yang mereka gunakan sebelum ini.
Ujian ini juga membuktikan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak menyedari betapa lancarnya pemanduan mereka sehingga mencuba sendiri PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive ni.
So, tunggu apa lagi? Jom cuba minyak baharu PETRONAS Primax dengan Pro-Drive yang terdapat di semua stesen PETRONAS seluruh negara hari ini juga! Jangan lupa kongsi bersama kawan-kawan dan keluarga untuk #trythefuel dan #BebaskanGerakmu!
Untuk maklumat lanjut, layari www.primax.my
*Berbanding minyak standard.