berita

3 Tahun Lisa Surihani Beri Sokongan Pada Yusri

September 12th, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

Movie Vikingdom-45

Hari ini merupakan hari pertama karya terbaru KRU Studios iaitu Vikingdom mula ditayangkan di 89 buah pawagam seluruh negara.

Justeru itu, semalam telah berlangsungnya tayangan perdana filem tersebut yang diadakan di TGV Sunway Pyramid dengan dihadiri oleh para media dan tetamu jemputan khas.

Berpeluang bertemu dengan Lisa Surihani, sebagai isteri kepada pengarah filem tersebut, Lisa akui banyak meluangkan masa bersama Yusri dan melahirkan rasa kagum dengan hasil kerja suaminya itu.

Sekadar jadi peneman dan bagi sokongan moral kepada Yusri. Projek ini sangat besar dan mencabar sebab kebanyakannya dikendalikan oleh Yusri. Jadi, saya cuma berada di samping dia untuk memberikan semangat.

Kadang-kadang memanglah dia ada rasa tertekan, tetapi saya banyak beri sokongan pada dia. Saya kagum dengan mereka tiga beradik sebab sentiasa bersifat kreatif dari segi kerja-kerja mereka dan berani mencuba sesuatu yang baru.

Movie Vikingdom-15

Lisa beri sokongan moral kepada Yusri

Berkongsi lebih lanjut mengenai filem tersebut, Lisa berharap agar para penonton dapat menerima Vikingdom dan dalam masa yang sama, turut melahirkan rasa lega kerana setelah hampir 3 tahun melalui proses pembikinan akhirnya filem tersebut berjaya dihasilkan.

Projek filem ini bermula sejak tahun 2011 lagi dan pada ketika itu saya baru balik dari Istanbul untuk filem Istanbul Aku Datang dan sekarang tahun 2013 barulah filem ini selesai untuk ditayangkan.

Jadi, dah bertahun kami duduk bersama untuk menghasilkan filem ini. Saya harap Vikingdom akan berjaya dan akan mendapat respon positif daripada para penonton.

Untuk makluman, Vikingdom telah menelan belanja sekurang-kurangnya RM20 juta dan filem ini merupakan filem tempatan pertama yang akan ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat bermula 4 Oktober 2013.

Vikingdom turut mendapat kerjasama daripada studio terkenal iaitu Universal Pictures untuk mengedarkan filem tersebut dibeberapa buah negara termasuk United Kingdom, Australia, Sweeden, Denmark dan Brazil.

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! ingin selitkan beberapa foto mesra Yusri dan Lisa yang sempat kami rakamkan sekitar majlis tayangan filem Vikingdom semalam.

SKIP THIS AD ×