berita

3 Tahun Suami Tak Kerja, Makan Pun Kena ‘Catu’, Wanita Serba Salah Nak Minta Cerai – ‘Dia Panas Baran, Buat Perangai Gila’

March 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Setiap dari kita tidak dapat lari daripada masalah yang kecil mahupun besar. Begitu juga dengan kehidupan rumah tangga. Tidak ada satu pasangan pun yang mahu rumah tangga dibina musnah di tengah jalan. Tetapi jika sudah tiada cara lain, maka perpisahan menjadi jalan penyelesaian yang terbaik.

Suami dah tak kerja 3 tahun

Sekadar gambar hiasan

Seperti satu kisah perkongsian personaliti TV iaitu Fedtri Yahya mengenai luahan seorang wanita yang mahu memohon cerai kerana tidak tahan hidup dengan suami yang tidak bekerja. Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini mengakui serba salah mahu berpisah dengan suami yang sedang kesusahan.

Suami dah 3 tahun tak kerja. Makan, minum, bil utiliti hasil saving suami tapi dah habis lama dah. Dan hasil dari duit kerajaan bagi contoh BRIM dan hasil pajakan kemas gelang tangan dan rantai itu pun dah hampir habis.

Dakwa wanita ini lagi, makanan harian pula terpaksa ‘dicatu’ memandangkan mereka mahu berjimat cermat. Lebih menyedihkan apabila mereka sekeluarga jarang sekali dapat menikmati ayam dan ikan. Malah anak-anak juga tidak dibenarkan ke sekolah kerana bimbang anak-anak akan divaksin secara senyap-senyap. Meskipun dia dan suami dan berbincang mengenai masalah rumah tangga mereka, namun tiada penyelesaian.

Keluarga memang tak nak masuk campur lagi dan atas alasan takut dengan suami yang panas baran dan suka buat perangai gila. Saya cuma nak cari cara penyelesaian masalah ni tapi saya tak jumpa jalan. Saya sendiri tak ada simpanan.

Luahan isteri

Pendapat netizen

Luahan wanita tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya mendakwa si suami yang ‘bermasalah’ kerana tidak mampu menjaga kebajikan keluarga. Namun ada juga mendakwa sekiranya si suami tidak boleh bekerja kerana sakit atau sebagainya, terdapat cara lain untuk memperoleh wang seperti berniaga secara atas talian. Oleh hal demikian, mereka mencadangkan wanita tersebut pergi ke mahkamah syariah untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya.

Sumber: Fedtri Yahya

 

SKIP THIS AD ×