berita

3 Tahun Tunggu Lamaran Pinangan, Wanita Redha Dapat Tahu Teman Lelaki Bawa Perempuan Lain Jumpa Ibu

December 8th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Sebagai seorang wanita, semestinya penantian dilamar seterusnya dijadikan isteri merupakan impian bagi mereka yang menjalinkan hubungan istimewa bersama yang tersayang.

Begitulah kisah seorang gadis ini apabila bertahun-tahun bercinta dan akhirnya jodoh tidak berpihak kepadanya.

3 tahun bercinta

Sekadar gambar hiasan

Menerusi video yang dimuat naik individu itu sendiri, dia menyatakan bahawa hubungan yang dijalin telah bertahan hingga tahun ketiga. Namun, hubungan yang dijaga itu menjadi sia-sia apabila teman lelaki didakwa membawa perempuan lain bertemu ibunya.

Hampir tiga tahun bercinta, hari-hari menunggu dia (teman lelaki) masuk meminang. Rupanya perempuan lain yang dibawanya jumpa mak.

Susulan daripada itu, Farah mengambil keputusan untuk membawa diri ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Tambahnya, dia ingin merawat hati yang terluka atas apa yang terjadi kepadanya.

Gadis itu juga turut memohon kepada Sang Pencipta untuk menutup hatinya buat masa sekarang.

Menjenguk ke ruangan komen, pelbagai kata-kata semangat yang dilontarkan oleh para netizen untuk gadis muda ini kuatkan semangat dan ditemukan jodoh yang terbaik.

@frhnjwaaaaa

hampir 3tahun bercinta, hari2 tunggu dia masuk minang, rupanya dia dah bawa perempuan lain jumpa mak dia. Self healing pergi umrah, Alhamdullilah ?

? suara asli – andre – ANDRE

Sumber: Tiktok @frhnjwaaaaa

SKIP THIS AD ×