berita

30 Mei Sebutan Semula Kes Hadanah Interim Diana Danielle, Farid Kamil

April 5th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 30 Mei ini bagi sebutan semula inter-parte (kedua-dua pihak) pelakon Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil berhubung hak penjagaan sementara (hadanah) dua anak mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Perlu fail afidavit

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditemui selepas prosiding berkata, pada tarikh itu sekiranya ada sebarang penyelesaian, pihak-pihak akan memaklumkan kepada mahkamah.

Pada masa sama, kedua-dua pihak perlu memfailkan afidavit masing-masing.Tapi jika sudah ada penyelesaian kita (kedua-dua belah pihak) akan terus rekodkan.

Tambah beliau, dalam masa yang sama, mahkamah turut melanjutkan perintah hadanah interim (sementara) dua anak kepada Diana sehingga 30 Mei ini.

Sementara itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid selaku responden turut mengesahkan perkara sama.

Sebelum sebutan kes pada 30 Mei, terdapat satu prosiding Sulh (penyelesaian pertikaian) pada 11 April yang mana pihak-pihak akan berbincang berhubung hadanah itu.

Prosiding hari ini merupakan sebutan kali pertama hadanah itu di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa.

Sebelum ini Diana memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 24 Mac lalu. Keputusan berkenaan dibuat selepas anak guamnya membuat permohonan hadanah sehari sebelum itu.

Sebelum ini, Farid dalam prosiding terdahulu, mendakwa dirinya tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama isterinya, sejak awal bulan ini. Pada tempoh sama, difahamkan Farid juga tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.

Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini menetapkan 30 Mei bagi Farid dan Diana memaklumkan kepada mahkamah laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes cerai pasangan itu.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, telah melantik pengurus bagi mewakili dirinya manakala Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, pula melantik kakaknya.

Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai pelakon Diana dalam suaminya.

Permohonan cerai tersebut difailkan Diana atau nama sebenarnya Diana pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×