berita

31 tahun Terpisah Akibat Diculik, Akhirnya Wanita Ini Disatukan Semula Bersama Anaknya

July 1st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Saat yang dinantikan telah pun tiba. Setelah hampir tiga dekad terpisah, akhirnya seorang wanita dapat bertemu semula bersama anaknya yang telah diculik pada 31 tahun lalu di China.

Dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia

Wanita berkenaan dikenali sebagai Zhou Jiaying bersama anaknya Tao Xiaobing yang dikatakan berumur tiga tahun pada ketika itu telah diculik serta dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia untuk dijadikan hamba kepada sebuah keluarga di wilayah Shandong.

Memetik laporan Daily Mail, selepas beberapa bulan diculik, Zhou dikatakan berjaya melarikan diri daripada penculik berkenaan yang sedang leka pada ketika itu dan akhirnya dia pulang ke rumahnya di Bijie. Namun, Zhou tidak dapat membawa anaknya yang masih kecil itu pulang bersama.

Tidak sampai hati melihat anaknya ditinggalkan, wanita berkenaan pulang kembali ke tempat mereka dipaksa untuk bekerja itu dan mendapati bahawa tidak ada orang di rumah berkenaan dan penduduk kampung bertindak untuk ‘menghalau’ Zhou dari situ.

Keluarga angkat tak nak bantu cari ibu kandung

Lebih perit lagi apabila pegawai tempatan didakwa kurang bersungguh-sungguh untuk menyiasat di mana keberadaan Tao pada kettika itu. Meskipun sudah bertahun mencari di lokasi berkenaan, namun wanita itu masih tidak dapat bertemu dengan anaknya.

Setelah Tao dibebaskan daripada menjadi hamba, dia kemudiannya diambil menjadi anak angkat di wilayah yang sama. Lebih menyedihkan lagi apabila keluarga angkatnya enggan membantu Tao untuk mencari ibu kandungnya kerana risau dia akan pergi meninggalkan mereka.

Walaupun sudah bertahun mencari ibunya, Tao masih tidak berputus asa sehingga dia telah berjaya menyambung pelajarannya di universiti dan mempunyai keluarga sendiri. Atas bantuan sukarelawan dari Guizhou, Shandong serta Xi’an, Tao berjaya menjejaki di mana ibunya berada sebelum menjalani ujian DNA bagi mengesahkan bahawa wanita berkenaan adalah ibunya.

Sumber : Daily Mail

SKIP THIS AD ×