berita

32 Projek Rumah PR1MA Dibatalkan, Kerajaan Terpaksa Bayar Pampasan RM172 Juta

December 7th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak diperkenalkan pada 2012, rumah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan rumah kediaman pada harga berpatutan.

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA)  merupakan salah satu inisiatif kerajaan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam membantu rakyat daripada golongan sederhana untuk memilik rumah sendiri.

Projek PR1MA

Gambar sekadar hiasan

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012, digunakan untuk merancang, membangun, membina, dan menawarkan kawasan perumahan berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik. Konsep yang cuba diterapkan dalam projek perumahan PR1MA adalah gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana.

Projek PR1MA ini dirancangkan terletak di dalam kawasan berkomuniti yang kondusif dan dijual dengan pelbagai jenis dan saiz. Lokasinya dirancangkan di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Harga yang ditawarkan bermula RM100,000 hingga RM400,000. Projek perumahan ini ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.

Pembeli luah rasa kecewa

Namun, saban tahun selepas dilancarkan, ramai pembeli mengadu tidak mendapat rumah kediaman seperti yang dijanjikan. Malah ada yang mengambil tindakan undang-undang membawa kes ini ke muka pengadilan. Di Johor, lebih 700 pembeli projek perumahan Residensi Tebrau meluahkan rasa kecewa kerana kelewatan projek berkenaan yang tidak siap mengikut tempoh yang ditetapkan ditetapkan. Tidak berakhir di situ, seramai 1,058 pembeli rumah PR1MA di Kuala Lumpur telah memfailkan saman pemula kepada pihak PR1MA di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Saman tersebut dibuat kerana rebat yang ditawarkan oleh PR1MA telah menyebabkan pembeli rumah terawal mengalami kerugian sehingga RM100,000.

Manakala di Seremban pula, pembeli meluahkan rasa kecewa apabila bayaran rumah sudah dibuat, namun rumah yang dibeli masih belum siap. Difahamkan, projek pembangunan perumahan itu gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Lagi menyedihkan, apabila pembeli rumah sama sekali tidak mendapat sebarang info daripada pihak pemaju mengenai rumah yang dibeli mereka.

Pampasan projek gagal

Terbaru, menerusi sidang parlimen hari ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, menjelaskan kerajaan telah membatalkan sebanyak 32 projek rumah PR1MA dan membelanjakan RM172 juta bagi menampung pembayaran pampasan 17 projek pembangunan. Namun tiada peruntukan tambahan diminta bagi bayaran pampasan projek tersebut. .

Untuk pengetahuan daripada 32 (projek itu), 17 kita telah beri pampasan RM172 juta. Yang lain (15 lagi projek) masih dalam rundingan. Ini juga kita berjaya menurunkan 30 peratus daripada tuntutan.Untuk yang lain-lain kita tak minta lagi peruntukan daripada kerajaan pusat untuk menguruskan hutang dan pembiayaan seterusnya. We cut our losses (kurangkan kerugian), kita jual balik rumah yang dah ada, kita cover up balik yang hutang, dan insyaAllah pada tahun 2023 kita mampu pastikan semua hutang PR1MA dapat dibayar.

62 projek masih berjalan

Jelas Zuraida lagi, sebanyak 62 projek PR1MA masih berjalan di seluruh negara, serta skim perumahan kos rendah lain di bawah bidang kuasa kementerian itu

Kita gunakan tanah produktif untuk buat rumah-rumah baru bekerjasama dengan JPN SPNB dan sebagainya. Projek Jabatan Perumahan Negara (JPN), Perumahan Penjawat Awam (PPAM) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan PR1MA. Kami akan kurangkan kerugian dan dapatkan semula wang (cut losses and bring back the money).

Sumber: KiniTV,PR1MAHarian Metro, Malaysia Kini & Berita Harian

SKIP THIS AD ×