berita

34 Tahun Kahwin Rupanya Tak Sah Sebab Guna Wali Hakim Warga Asing

June 20th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

sekadar gambar hiasan

Tidak dapat bayangkan betapa hancurnya sebuah pasangan apabila mengetahui bahawa perkahwinan mereka tidak sah di sisi syarak dan terpaksa bernikah semula. Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini telah dikongsi okeh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai ToKadi Hispter yang bekerja sebagai pendaftar nikah.

Artikel berkaitan : Kecewa Pejabat Agama Sukar Luluskan Permohonan Nikah, Rupanya Ibu Bapa Bersekedudukan Sampai Ada 7 Anak

Artikel berkaitan : 35 Tahun Hidup, Baru Tahu Bukan Anak Kandung… Rupanya Ibu Terlanjur Masa Ayah ‘Outstation’

34 tahun kahwin rupanya tak sah

sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini datang kepada pendaftar nikah berkenaan kerana berhasrat untuk bernikah semula.

Difahamkan, ‘perkahwinan’ mereka yang dibina selama 34 tahun itu sebenarnya tidak sah di sisi agama dan syarak kerana menggunakan wali bukan warganegara.

Dalam pada itu, wanita berkenaan mengakui bahawa bapanya masih lagi hidup, cuma dia tidak merestui perkahwinan kerana mereka ingin berpoligami sehingga terpaksa menggunakan wali hakim terbabit.

Nikah kami yang dah 34 tahun ini hakim putuskan tak sah sebab dulu kami nikah guna wali hakim dan wali hakim tu bukan orang Malaysia.

Kami dah bertaubat ustaz.

Walau bagaimanapun, pendaftar nikah berkenaan turut berasa terkejut dengan kisah wanita tersebut selain terkenang nasib anak-anak pasangan itu.

Pak cik, mak cik, kalau nak kahwin buat lah cara yang betul. Ni sampai 34 tahun rupanya nikah tak sah. Tak kesian dekat anak-anak?

‘Tolong lah jangan main-main bab wali ni’

@tokadi_hipsterTolong lah jangan main2 bab wali ! ?? Astaghfirullah – Opick

‘Kesian kat anak-anak’

Sumber : tokadi_hipster

SKIP THIS AD ×