berita

35 Tahun Genggam Impian, Konsert By Ajai & Mega Friends Bakal Temui Penonton 3 Ogos Ini!

March 7th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Rata-rata anak seni yang kini mekar melakarkan nama, pernah berjaya dengan lagu nukilan seorang insan yang bernama Ajai.

Sebut sahaja, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Kris Dayanti, Misha Omar, Ella, Dato Jamal Abdillah, Hafiz Suip, Ning Baizura, Hazama, Nora, Ziana Zain, Liza Hanim, Allahyarham Dato Sharifah Aini, Saleem dan Siti Sarah antara nama-nama besar yang telah mencipta kejayaan dengan lagu-lagunya.

35 tahun

Mohd Faizal bin Maas atau lebih mesra disapa sebagai Ajai sememangnya begitu sinonim namanya dengan irama ‘killer’ genre balada. Antara lagu-lagunya yang masih malar segar menjadi siulan bukan satu, bukan dua malah beratus tersusun rapi dalam senarai berdaftar MACP.

Tahun 2024 menyaksikan tahun ke 35 Ajai mengorak langkah, berdiri teguh. Masih aktif menerbitkan lagu-lagu, menjadi juri bagi program realiti tv serta melakukan konsert bersama Kumpulan Exists. Tapi beliau tetap memegang sebuah impian. Impian yang digenggam sepanjang 35 tahun berkarya dan beraksi di pentas kepunyaan sendiri. Daripada perkenalan konsert Exists di Kuching Sarawak, telah melahirkan satu perjanjian yang begitu bernilai buat Ajau.

Cerita santainya bersama pemilik Menara Network Sdn Bhd, Dato AB Razif telah direalisasikan oleh usahawan tersebut apabila bersetuju dan melamar Ajai untuk menjadi penganjur utama Konsert ByAjai & Mega Friends.

‘Pucuk dicita ulam mendatang’, rezeki tak pernah salah alamat. Setelah beberapa perbincangan dijalankan, maka termeterailah satu ikatan. 3 Ogos nanti akan menjadi satu tarikh keramat buat Ajay dan Menara Network.

Pada konsert tersebut, Ajai akan beraksi dan mengalunkan lagu-lagu versi pencipta. Lagu-lagu hit yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi bertaraf bintang di Malaysia.

Barisan penyanyi yang dibawakan nanti seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Aina Abdul, Hazama dan Aufahanie. Ajai mengenali mereka daripada tahun-tahun yang berbeza tapi mereka ini kekal dalam ‘league’ mereka tersendiri hingga ke hari ini. Konsert ini juga menampilkan Sharon Paul selaku pengarah muzik dan Megastar Arena Kuala Lumpur sebagai lokasi.

Harga tiket

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×