berita

38 Foto Selebriti Di Rainbow Carpet Anugerah Blokbuster

October 8th, 2012 | by M
Lensa Insta

Anugerah Blockbuster menyaksikan pengarah muda, Syamsul Yusof merangkul lima anugerah utama di acara penutup di Stadium Melawati, Shah Alam, sekaligus membuktikan Syamsul sentiasa berada di hati para peminat. Syamsul berjaya membawa pulang Anugerah Filem Terhebat, Anugerah Tuan Direktor Terhebat, Anugerah Filem Aksi Terhebat, Anugerah Filem Takut Terhebat serta Anugerah Khas PFM.

Menurut Syamsul, keutamaan yang diberikan kepada setiap filem dibawah Skop Production ialah kualiti dan menepati citarasa penonton agar mereka sentiasa berpuas hati. Katanya lagi, dia selalu meminta pendapat orang ramai sebelum atau selepas sesebuah filem itu ditayangkan bagi mengetahui sendiri kekuatan dan kekurangan filem terbitannya.

Anugerah yang berunsurkan undian populariti ini turut mempertandingkan 13 anugerah yang kini sudah diketahui senarai pemenangnya, iaitu :

  • Anugerah Filem Terhebat : KL Gangster
  • Anugerah Tuan Direktor Terhebat : Syamsul Yusof (KL Gangster)
  • Anugerah Direktor Baru Terhebat : M Suryaa
  • Anugerah Filem Aksi Terhebat : KL Gangster
  • Anugerah Filem Kelakar Terhebat : Hantu Bonceng
  • Anugerah Filem Takut Terhebat : Khurafat
  • Anugerah Drama Muzikal Terhebat : Nur Kasih The Movie
  • Anugerah Hero Terhebat :  Zizan Razak
  • Anugerah Heroin Terhebat : Yana Samsudin
  • Anugerah Watak Penyangak Terhebat : Fikri Bakar
  • Anugerah Lagu Filem Terhebat : Ombak Rindu
  • Anugerah Hero Baru Terhebat : Shahir AF8
  • Anugerah Heroin Baru Terhebat : Tasha Shilla

Satu keputusan yang amat mengejutkan apabila Anugerah Hero Terhebat yang pada mulanya dijangkakan milik bintang paling popular, Aaron Aziz, telah dimenangi oleh Zizan Razak.

“Tak tahulah mengapa penonton pilih saya, nak kata kacak tidak pun, Aaron lagi kacak, mungkin sebab hidung kot. Aaron tak ada hidung macam ni. Atau mungkin saya ni kelakar,jadi bila orang nak undi tu mereka akan fikir dia ni kelakar patut undi, dia ni serius je taknak undilah,” seloroh Zizan yang ditemubual oleh wartawan ketika post-party berlangsung.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×