berita

4 Beranak Cuba Bunuh Diri, Tak Sanggup Tanggung Malu Jadi Scammer

June 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara tidak sanggup menanggung malu selepas menjadi scammer, empat sekeluarga di Kota Kinabalu, Sabah didakwa cuba membunuh diri dengan melepaskan gas LPG di rumah mereka yang terletak di flat Sri Indah, Kuala Manggatal.

4 beranak cuba bunuh diri

Menerusi laporan Utusan Borneo, kejadian yang berlaku sekitar 3 pagi pada 6 Jun 2020 itu melibatkan empat beranak termasuk pasangan suami isteri yang berusia 60 dan 63 tahun serta dua orang anak lelaki yang masing-masing berusia 29 dan 26 tahun.

Usaha keluarga itu untuk membunuh diri akhirnya berjaya ditumpas oleh pihak polis dan bomba selepas mereka menerima laporan daripada jiran tetangga yang terhidup satu bau gas memasak yang datangnya dari rumah berkenaan. Sebaik sahaja menerima laporan mengenai isu itu, pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamatkan kesemua mangsa.

Mangsa berjaya diselamatkan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji, keluarga terbabit dikatakan telah bertindak mengunci diri di bahagian dapur tingkat empat rumah berkenaan sebelum kesemua mereka tidak sedarkan diri.

Kesemua mangsa yang tidak sedarkan diri akibat terhidu gas LPG segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan lanjut. Keempat-empat mereka bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut pihak polis, sisatan awal mendapat anak lelaki pasangan suami isteri berkenaan yang berusia 29 tahun itu dipercayai terlibat dalam beberapa aktivit penipuan (scammer) selain terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Difahamkan, dia juga pernah berada di bawah pemantauan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Sumber: Utusan Borneo, Harian Metro

SKIP THIS AD ×