berita

4 Beranak Rentung Dalam Kebakaran – ‘3 Terperangkap Di Tingkat Atas, Mangsa Wanita Ditemukan Dalam Bilik Air’

September 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan (Berita Harian)

Empat sekeluarga ditemui rentung dipercayai akibat terperangkap di dalam sebuah rumah yang terbakar di Taman Hungab, Jalan Nosob. Difahamkan, rumah tersebut musnah terbakar 100 peratus manakala kereta Proton Saga dan Perodua Alza turut musnah 30 peratus akibat terkena bahang kebakaran.

Empat beranak rentung

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, keempat-empat mangsa yang terkorban adalah pasangan suami isteri iaitu Matthew Wong berusia 50 tahun, Jecky Vun Kon Fong berusia 47 tahun serta dua anak mereka iaitu Brandon dan Eric masing-masing berusia 18 dan 15 tahun.

Menurut Ketua Zon I Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Hamsa Isnurdini, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 2:52 pagi. Setibanya di sana, mereka mendapati api masih marak namun api berjaya dipadamkan sekitar jam 3:40 pagi. Hasil daripada pemeriksaan, pihaknya menemui empat mayat yang sudah rentung di dalam rumah berkenaan.

Tiga mangsa lelaki terperangkap di dalam bilik di tingkat atas, manakala seorang lagi iaitu mangsa wanita ditemukan di dalam bilik air.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian serta jumla kerugian yang dialami.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×