berita

4 Cara Untuk Korang Balik Kampung Selesa & Selamat Raya Nanti!

June 11th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Wah..tak lama lagi nak sambut Hari Raya la! Tak sabarnya nak balik kampung, jumpa atok dan nenek. Lepas tu bakar lemang, buat ketupat dan jumpa saudara mara yang jauh. Ermmm memang happening betul kalau raya kat kampung!

Tapi, mesti lagi rasa enjoy bagi korang yang kampungnya berada jauh di utara, atau pantai timur. Perjalanan balik ke kampung pun boleh rasa best walaupun kadang-kadang bersesak-sesak dengan kenderaan lain.

Ermm…bagi menjamin keselamatan dan keselesaan korang dalam perjalanan balik ke kampung nanti, Admin ada beberapa tips nak bagi kat korang. Apa kata korang check dulu kat bawah.

Ambil cuti dua atau tiga hari awal, sebelum minggu Hari Raya

Kalau korang nak selamat dan cepat sampai ke destinasi, apa kata mohon cuti awal. Bila korang dapat cuti awal dalam dua atau tiga hari, boleh la gerak dulu. Admin bukan apa, ini salah satu cara nak elakkan dari kelam kabut dan berebut rebut. Jadi nak selamat, rancang perjalanan korang!

Rancang perjalanan korang supaya selamat dan cepat sampai ke destinasi

Admin cadangkan korang rancang perjalanan korang dengan menggunakan PLUS Mobile Apps yang ada semua informasi pasal lebuhraya PLUS, ada live feed dari CCTV lagi! Ini salah satu medium yang cepat dan mudah untuk korang perolehi maklumat. So, rajin-rajin la download ya!

Korang juga boleh gerak pada waktu malam untuk lebih selesa dan nyaman!

Kebiasaanya ada dikalangan korang ni, akan rancang bergerak ke kampung pada waktu malam. Sebenarnya ini satu idea yang brilliant!

Pada waktu malam di bulan puasa kita boleh, berhenti berehat di R&R, makan -makan dan boleh dapatkan kopi percuma dari pihak PLUS.

Selain kopi korang juga boleh dapatkan donut dan coklat percuma di R&R yang terpilih. Jimat kan?

Dah dapat kopi, donut dan coklat PERCUMA, mata pun jadi segar dan boleh teruskan perjalanan!

Bila korang dah sampai awal ke kampung, boleh tolong mak dengan ayah!

Kesian admin tengok mak ayah yang berada di kampung , buat persiapan raya. Yela, nak sambut anak, menantu dan cucu balik beraya setahun sekali. Jadi mesti la, nak rasa meriah dan gembira.

Banyak benda yang mereka nak buat, antaranya masak ketupat, bakar lemang , rendang lagi. Apabila korang dah ambil cuti awal, boleh balik dan tolong mereka! Pasti mak dan ayah korang gembira!

Selain dari FREE donut, kopi dan coklat, ada satu lagi ganjaran yang hebat.

Korang tau kan selalunya tiap perayaan PLUS akan bagi toll rebate? Tapi raya kali nih, lebih hebat! Korang akan dapat tol diskaun kalau korang travel pada 13 & 14 Jun 2018.

Korang boleh dapat diskaun tu bila korang bayar tol seawal pukul 12:01 pagi pada 13hb, sehingga 11:59 tengah  malam pada 14hb Jun.

So, korang yang travel jauh boleh la bergerak dari rumah seawal 6 pagi pada 12 hb Jun 2018 untuk perjalanan yang selesa & selamat dan masih dapat menikmati diskaun tersebut.

PLUS ada buat jadual perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas

Masih tak pasti nak bergerak balik kampung bila? Korang jangan risau, PLUS  ada mencadangkan jadual bagi merancang perjalanan korang pulang beraya.

Jadual ini boleh jadi panduan korang merancang perjalanan korang. Kalau kita semua sepakat mengikuti jadual perjalanan ni, ia boleh membantu aliran trafik yang lebih lancar

Lebih mudah korang boleh rujuk di laman web rasmi PLUS [klik sini] atau follow je Twitter @plustraffic.

SKIP THIS AD ×