Semakin hari, semakin bertambah barang buangan di tapak pelupusan. Salah satu cara untuk mengurangkannya adalah dengan upcycle barang tersebut. Haa.. Selama ni dengar recycle je. Korang tahu ke yang upcycle ni apa?
Upcycle (kitar atas) atau dikenali sebagai penggunaan kreatif ni lebih kurang je dengan recycle, bezanya hanya pada barang. Barang yang di upcycle akan jadi barang baru dengan nilai lebih tinggi. Contohnya, cebisan seluar jeans lama dijahit sehingga menjadi beg tangan baru. Faham?
Ada beberapa komuniti tempatan di Malaysia yang upcycle barang buangan sejak dulu lagi. Barang-barang ni dihasilkan oleh komuniti B4o dan golongan kurang berkemampuan. Tak sangka mereka ni upcycle barang dengan cara tersendiri!
UPcycled Shack – hasilkan barang perhiasan & menolong frontliner
UPcycled Shack sangat popular di Sabah. Mereka mengusahakan kerja-kerja upcycle barang buangan selama 7 tahun. Paling terkejut, mereka memiliki 70 tukang jahit dan kraftangan daripada latar belakang berbeza!
Orang Sabah dengar ni! Kalau korang ada barang buangan seperti botol plastik, kapsul kopi, tayar, tiub dalaman, beg plastik, bungkusan makanan plastik, lebihan kain, pakaian lama, kertas, kadbod dan wayar elektrik, boleh bagi pada UPcycled Shack ya.
Barang buangan yang mereka kumpul akan dijadikan barang perhiasan yang cantik. Baru-baru ni, mereka dah tolong frontliner dengan menghasilkan PPE dan topeng muka 3 lapis yang boleh digunakan semula. Hebat tak?
Inspirasi Kreatif – membekal barang untuk subjek Kemahiran Hidup di sekolah
Pernah dengar tentang Inspirasi Kreatif? Kebanyakan warga sekolah sekitar Selangor terutama di Banting mungkin kenal punya. Mereka ni membekalkan barangan Kemahiran Hidup (sekarang RBT) di sekolah-sekolah (Kebangsaan & Menengah) yang menumpukan kepada kemahiran manipulatif untuk generasi muda.
Matlamat subjek ini adalah untuk merangsangkan minat dan kreativiti murid dalam rekabentuk dan kebolehan untuk menghasilkan produk siap yang berfungsi kepada masyarakat. Murid-murid juga digalakkan untuk mengunakan bahan buangan untuk menghasilkan sesebuah produk.
Kini, Inspirasi Kreatif sudah mengambil initiatif untuk menghasilkan barang siap dengan menggunakan barang buangan seperti plastik sachet 3 in 1, plastik beras, plastik minuman, kain serta lain-lain lagi. Inspirasi Kreatif mengolahkannya menjadi produk yang boleh digunakan untuk jahitan, masakan, perkebunan, tangan dan kerja kayu. Mereka jugak memberi perkhidmatan berpatutan ke sekolah untuk memperbaiki ragum, pahat dan gergaji bagi sekolah-sekolah yang kurang berkemampuan membeli yang baru.
Paling menarik, mereka yang kehilangan pekerjaan semasa musim wabak pandemik telah dibantu dan diberikan kemahiran oleh isteri kepada pemilik Inspirasi Kreatif untuk mereka mencari pendapatan. Beliau mengajar mereka menjahit dan mengambil upah jahitan seperti tudung, baju dan lain-lain. Mereka jugak mula berkerjasama dengan komuniti wanita B40 yang bekerjasama dengan NGO Women Of Will untuk menghasil dan memasarkan produk siap yang menggunakan bahan buangan kitar semula. Bagus kan?
Nerine Ong – ubah bungkusan makanan kepada bakul rekaan sendiri
Nak bakul atau barang harian yang cantik? Korang kena mintak Nerine Ong buatkan. Lebih kurang 20 tahun, beliau dah tolong komuniti dalam menjaga alam sekitar dengan upcycle barang buangan.
Barang buangan yang digunakan oleh Nerine Ong adalah berupa bungkusan makanan dan minuman. Percaya tak? Barang buangan macam ni pun boleh dijadikan bakul rekaan sendiri tau.
Nerine Ong biasa mendorong dan membimbing kumpulannya iaitu Qi Gong dalam kerja kraftangan. Beliau ada jugak mengajar beberapa kumpulan untuk buat bakul sampai mampu buat sendiri. Korang pun boleh belajar dengannya kalau nak.
Helping Hands Penan – guna kemahiran wanita Penan dalam bidang tenunan
Orang Sarawak kenal Helping Hands Penan? Mesti la tahu kan. Kebanyakan tenaga kerja mereka ialah wanita dari masyarakat Penan, suku kaum di Sarawak. Jangan tak tahu, orang Penan ni sebenarnya penenun mahir semula jadi tau.
Dengan kemahiran tenunan, Helping Hands Penan juga bermula menggunakan bungkusan makanan untuk dijadikan beg tote dan coasters yang berguna!
Helping Hands Penan dah mengubah hidup masyarakat Penan menjadi lebih maju. Selain membantu dari segi kewangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah, Orang Penan sekarang lebih yakin dengan diri sendiri.
Kami yakin korang dah terinspirasi untuk beramal macam komuniti tempatan ni. Bagus sangat tu! Sekarang korang pun boleh tolong mereka untuk upcycle barang buangan tau.
Sertai Kempen MILO® Stik Pek X-change demi alam sekitar!
Korang pun patut sokong komuniti tempatan ni dalam usaha upcycle barang. Untuk pengetahuan korang, MILO® telah bekerjasama dengan komuniti tempatan tersebut untuk menjayakan Kempen MILO® Stik Pek X-change.
Selain membekalkan tenaga dan nutrisi dengan kebaikan buat pengguna, MILO® pun dah memulakan usaha untuk menggembleng tenaga dengan sokongan rakyat Malaysia supaya bumi kekal hijau. Sambil memelihara kelestarian alam sekitar, kerjasama MILO® dengan komuniti tempatan sebenarnya telah membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti B40.
Kami yakin korang sekeluarga pun mesti minum MILO® untuk kekal bertenaga kan? Alang-alang tu boleh la sertai Kempen MILO® Stik Pek X-change. Ia sebahagian daripada usaha kelestarian alam di bawah projek MILO® Sayang Bumi.
Kalau komuniti yang lebih memerlukan pun dah memainkan peranan untuk memelihara alam sekitar, apatah lagi kita kan?
Potong, basuh dan kumpul, senang je la!
Macam mana nak sertai kempen Kempen MILO® Stik Pek X-change? Senang je. Korang hanya perlu kumpul MILO® stik pek sebanyak mungkin untuk dapatkan mata.
CARA MENYERTAI KEMPEN MILO® STIK PEK X-CHANGE
[LANGKAH 1] Kumpul mana-mana MILO® stik pek/sachets untuk dapatkan 50 markah
[LANGKAH 2] Potong stik pek, basuh dan keringkan bungkusan MILO stik pek.
[LANGKAH 3] Muat turun borang penebusan dari laman web MILO® atau dapatkan salinan dari mana-mana kedai yang mengambil bahagian.
[LANGKAH 4] Poskan MILO Stik Pek bersama borang penebusan ke alamat berikut:
Promosi MILO® Stik Pek X-Change
OMNITEAM SDN. BHD.
16, Jalan SS25/35, Taman Mayang, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Take note! Korang hanya boleh guna stik pek daripada MILO® Mixes and the MILO® Nutri Breakfast untuk kempen ni. Ni produk yang terdapat dalam stik pek dan sachet sekali guna:
- MILO® Less Sugar
- MILO® Kosong
- MILO® 3-in-1
- MILO® with Whole Grain Cereal
- MILO® Nutri Breakfast – kedua-dua varian, Pisang dan Biji Bunga Matahari dan Biji Labu
Apa akan dibuat dengan MILO® stik pek yang korang bagi tu? Ia akan digunakan semula oleh komuniti tempatan tersebut untuk menghasilkan barangan kraftangan MILO® yang unik.
Untuk pengetahuan korang, setiap produk MILO® yang korang bagi tu akan dapat 1 atau 2 mata. Kami cadangkan korang kumpul banyak mata. Nak tahu kenapa?
Berpeluang memenangi barangan kraftangan MILO®!
Best ni! Seramai 500 pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi barangan kraftangan MILO® dengan rekaan unik dan edisi terhad. Paling menarik, ia diperbuat daripada bungkusan MILO® stik pek yang korang poskan untuk diguna semula.
Kumpulkan semua beg sukan MILO® yang bergaya!
Setiap produk MILO® yang korang bagi tu akan dapat 1 atau 2 mata. Kalau nak beg sukan MILO® eksklusif ni, korang kena kumpul sampai 50 mata. Beg ni ada empat reka bentuk berbeza. Kumpulkan semuanya mula hari ni!
TEMPOH PENEBUSAN BEG SUKAN MILO®
Rekaan A & B : 1 Mac hingga 15 April 2021
Rekaan C & D : 16 April hingga 31 Mei 2021
Banyak faedahnya kalau korang sertai Kempen MILO® Stik Pek X-change ni. Secara tak langsung, korang sebenarnya dah tolong kurangkan bahan buangan yang berakhir di tapak pelupusan. Bagus kan?
Kempen MILO® Stik Pek X-change akan tamat pada 31 Mei 2021. Sempat lagi korang nak kumpul!
Siapa lagi nak jaga bumi hijau ni kalau bukan kita sendiri? Jom kita bekerjasama dengan MILO® dalam usaha menjaga alam sekitar!
Untuk info lebih lanjut tentang kempen ni, korang boleh layari https://www.milo.com.my/stikpekxchange.