berita

4 Masa Terbaik Minum Air, Barulah Kulit Cantik Dan Sihat!

September 17th, 2019 | by FITRI JAMARI
Kecantikan

Minum air pun ada waktu yang sesuai tau sebab orang tua-tua pantang sangat bila kita minum semasa dan selepas makan, nanti perut buncit katanya. Tapi memang betul pun kan? Pantang orang tua-tua ni memang banyak kebaikan sebab tu dorang boleh kekal sihat cergas walaupun dah meningkat usia. Okay, tak nak cakap banyak, nah 4 masa paling terbaik untuk minum air!

1. Bangun Tidur

Bangun je tidur, terus minum air suam 2 gelas. Minum slow-slow tau jangan gopoh. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman kita selepas satu malam tidak “bekerja”. Air liur basi yang bercampur dengan air suam membantu membersihkan badan kita secara semula jadi. Kalau korang nak tahu, dalam air liur kita ni ada enzim yang membantu dalam proses pencernaan! Haaaa jangan perlekehkan air liur ni tau! Hehe….

2. Sebelum Makan

Nak cantik kan, so rajin rajin-rajin kan lah diri tu minum air suam atau air putih 30 minit before makan. Kalau makan dekat restaurant atau kedai makan, make sure sebelum order makanan, order dulu air putih atau lagi senang bawak je air dari rumah. Kenapa sebelum makan? Kenapa tak selepas makan? Tak kenyang air ke nanti? Sebenarnya minum air sebelum makan ni dapat membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan cepat kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Sambil-sambil nak diet tu kan hehehe.

3. Sebelum Mandi

Korang digalakkan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia membantu untuk kita menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks dan selesa. Tapi agak agaklah sampai nak minum air paip kan hahahhaha…

4. Sebelum tidur

Mengantuk macam mana sekalipun minum lah dulu 1 gelas air putih. Paling awal 1 jam sebelum korang tidur. Ada doktor yang sarankan kalau kita amalkan selalu, boleh membantu kita mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung. Amaze kan! Sambil sambil cantik, sambil sambil sihat tubuh badan. Tapi diingatkan JANGAN minum dan terus tidur, nanti boleh buatkan eyebag dan sembab bawah mata.

Apa pun korang jangan lupa untuk like dan follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!

The following two tabs change content below.