berita

4 Perkara Ni Kalau Ada Di Kawasan Tempat Tinggal Kita Mesti Best Kan..Aman Je Hidup!

March 14th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Selalunya, perkara yang kita paling fokuskan semasa nak settling down di sesuatu tempat adalah keadaan rumah tu sendiri, kemudahan di sekelilingnya dan jenis kejiranannya. Yelah, nak duduk lama kan, kenalah ambil kira semua benda.

Semua orang kalau boleh impikan rumah yang selesa, kawasan yang selamat, jiran yang baik dan juga kemudahan yang banyak. Tapi, jarang betul nak dapat pakej lengkap macam ni kan?

Kalau diberi pilihan, apa lagi perkara yang korang ada di kawasan tempat tinggal korang? Haa..kat sini kami senaraikan 4 perkara yang best dan kebanyakan orang nak ada di kawasan perumahan diorang.

Korang pun nak benda yang sama?

Servis bas 24 jam untuk pergi kerja

Siapa yang tinggal kat bandar-bandar besar tu tahulah azabnya setiap hari meredah traffic jammed! Pergi kerja jammed, balik kerja pun jammed!

Masa ni mulalah terfikir, kan seronok kalau ada driver, tak payah aku susah-susah nak drive hari-hari. Bestnya kalau ada perkhidmatan bas pada setiap masa!

Nak pergi mana dan bila-bila waktu kita nak keluar pun takde masalah. Lepas tu pulak, tak payah pening kepala fikir nak cari tempat parking. Mudahnya!

Wifi percuma di mana-mana!

Walaupun negara kita tergolong dalam negara yang membangun dan maju, tapi, sambungan jalur lebar masih lagi berada di tahap yang tak begitu menggalakkan. Banyak lagi tempat yang tak dapat sambungan wifi dan lagi teruk, line telefon pun takde!

Kalaulah kat kawasan perumahan kita ada wifi percuma kan best! Berkelajuan tinggi pulak tu. Jimat sikit duit dari nak subscribe wifi tiap-tiap bulan.

Kalau ada emergency pun takdelah risau sangat sebab ada backup wifi.

Laluan khas untuk penunggang basikal

Kalau kita tengok di negara luar, kemudahan untuk penunggang basikal memang first class. Kat mana-mana pun akan disediakan laluan khas untuk penunggang basikal. Takdelah berkongsi jalan raya tu dengan penunggang motosikal dan kereta. Kan bahaya tu!

Dekat Malaysia ni pun dah ada laluan penunggang basikal, tapi tak begitu meluas. Bukan semua tempat ada.

Sepatutnya, di setiap kawasan perumahan, wajib dibuat laluan penunggang basikal ni. Yelah, rata-rata yang menunggang basikal di Malaysia ni adalah kanak-kanak sekolah, selamatlah sikit kalau diorang nak ke sekolah ataupun nak beriadah petang-petang.

Secara tak langsung, budaya berbasikal pun dapat diwujudkan. Kuranglah sikit pencemaran udara dan traffic jammed!

CCTV di sekitar kawasan awam

Sekarang ni, banyak sangat kes jenayah yang berlaku kat negara kita. Sampai takut nak keluar rumah dibuatnya. Mana taknya, hari-hari kita dengar kes samun, rompak, pecah rumah dan rogol di kaca tv dan surat khabar. Ishh..semoga kita dijauhkan dari semua tu.

Disebabkan dunia yang makin tak selamat sekarang, memang patut sangat kalau dipasang CCTV di setiap kawasan awam. Yelah, malang kan tak berbau, manalah tahu kalau terjadi apa-apa benda buruk, at least dengan adanya CCTV, dapatlah kita trace penjenayah ni semua.

Kes-kes jenayah pun dapat dikurangkan sebab semua tempat dah pasang CCTV.

Korang nak semua ni jadi kenyataan?

Mesti korang rasa semua perkara ni mustahil kan? Nanti dulu, semua benda ni dah pun ada di Cyberjaya! Hah, biar betul?!

Kalau korang nak tahu, baru-baru ini telah berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Cyberview, SK Holdings dan SK Telecom untuk lebih merancakkan pembangunan Cyberjaya sebagai salah satu Bandar Pintar Lautan Biru yang pertama di Malaysia.

Cyberview juga berharap, usaha ini sebagai pemula langkah mereka untuk mewujudkan Global Tech Hub yang menguasai teknologi komuniti dengan ekosistem menyeluruh. Senang cerita, Cyberjaya akan menjadi smart city berteknologi tinggi dari segi persekitaran, insfrastruktur, ekonomi dan sosial.

Cyberjaya smart city ni memang awesome sebab ada..

Sistem pengangkutan awam untuk komuniti yang bekerja di Cyberjaya disediakan 24 jam, 7 hari seminggu!

Cyberjaya Dedicated Transportation System (DTS) adalah sistem perkhidmatan bas di Cyberjaya yang diuruskan oleh Cyberview Sdn Bhd dan dikendalikan oleh Disitu Holdings Sdn Bhd.

Servis pengangkutan seperti bas dan van yang beroperasi setiap hari selama 24 jam dari 9 lokasi berbeza termasuklah Lembah Klang, Banting, Klang dan Seremban ni bukan saja memudahkan hidup korang, tapi jugak boleh jimatkan kos!

Tak kisahlah korang student ke, bekerja ke, semua boleh gunakan DTS ni. Bayar je yuran bulanan, senang dah hidup korang!

Klik sini kalau korang nak tahu lebih lagi pasal DTS ni www.cyberjayadts.com.my

Wifi percuma di seluruh bandar Cyberjaya

Wow! Akhirnya impian semua orang akan tercapai!

Cyberjaya dilengkapi dengan akses wifi percuma di 144 akses point seluruh bandar. Yang paling best, wifi ni jugak berkelajuan tinggi!

Kalu korang nak tahu kat mana lokasi hotspot wifi, klik sini tech-hub-service/hotspot-locations

CCTV di kawasan kejiranan, sekolah dan tempat awam

Haa..ada 32 CCTV yang akan diletakkan di kawasan kejiranan di Cyberjaya seperti Persiaran Multimedia, Persiaran APEC, Jalan Teknokrat dan Persiaran Semarak Api, kawasan sekolah dan juga taman awam.

Kesemua CCTV tu pulak akan diawasi oleh pihak polis untuk memastikan keselamatan komuniti terjamin.

Laluan basikal di sekitar Cyberjaya

Kalau korang nak tau, laluan basikal sepanjang 17 km telah diwujudkan di sekitar bandar Cyberjaya seperti di Persiaran APEC, Persiaran Semarak Api, dan Persiaran Ceria.

Lepas ni, ibu bapa tak payah risau lagi bila anak diorang berbasikal, sebab dengan adanya laluan basikal ni, risiko untuk kemalangan akan berkurangan.

Selain tu, laluan basikal ni jugak dapat menggalakkan aktiviti berbasikal dan mengurangkan carbon footprint.

Lepas baca semua yang admin bagitahu tadi, mesti korang rasa macam nak pindah Cyberjaya terus kan? Yelah, bukan je Cyberjaya akan jadi bertambah maju dan berkembang, tapi jugak setaraf dengan bandar-bandar maju macam kat luar negara tu.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Cyberjaya sebagai smart city ni , klik saja link ni ok! http://cyberview.com.my/about/our-story

SKIP THIS AD ×