berita

4 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Konsert ‘Me. I Am Mariah…The Elusive Chanteuse

October 23rd, 2014 | by Ai
Hollywood

Screen Shot 2014-10-23 at 12.41.12 PM

Kalau bercakap mengenai Mariah Carey, pasti lagu-lagu evergreen seperti My All, Through The Rain, I Still Believe bermain di minda korang kan?

Pernah tak terfikir bahawa satu hari nanti korang dapat melihat Mariah Carey menyanyi depan mata? Pengalaman menonton sendiri Konsert Konsert ‘Me. I Am Mariah…The Elusive Chanteuse memang tak dapat kami lupakan.

Nak tahu kenapa?

Screen Shot 2014-10-23 at 12.46.28 PM

1. Dibanjiri 12,000 penonton

Inilah yang dikatakan orang kalau hendak seribu daya. Walaupun hujan agak lebat, ia tak sedikit pun menghalang 12,000 die hard fan Mariah Carey untuk datang dan menyaksikan sendiri penyanyi pujaan beraksi di pentas.

Tak melampau sekiranya kami simpulkan bahawa nyanyian Mariah Carey masih berbisa walaupun dia teruk dikecam sewaktu konsert yang berlangsung di Tokyo baru-baru ini.

Screen Shot 2014-10-23 at 12.47.58 PM

2. Konsert Terbakar Dalam Hujan

Ini bukan cobaan, ini betul-betul! Keseronokan konsert tiba-tiba bertukar menjadi suasana cemas gara-gara berlakunya kebakaran kecil.

Okay! Ceritanya begini, sewaktu diva pop antarabangsa ini mengakhiri nyanyiannya menerusi lagu ‘Hero’, pentas dipenuhi dengan percikan bunga api.

Tiba-tiba percikan api menyambar bahagian bawah tirai dan menyebabkan kebakaran kecil. Apa lagi, semua panik lah. Mujur pasukan teknial berjaya memadam kebakaran tersebut dengan pantas.

Screen Shot 2014-10-23 at 12.50.01 PM

3. Tunjuk Punggung

Tergamam. Ya, itulah reaksi kami. Bukan apa, walaupun Mariah tidak memakai baju yang menjolok mata, namun, pakaiannya tetap nampak seksi apabila ia menyerlahkan sebahagian besar punggungnya.

Mengenakan jacket dress pendek bewarna hitam, Mariah sempat mempamerkan aksi-aksi nakal. Maka, stadium pun menjadi gamat dengan sorakan peminat. Kami yang berada di belakang VIP pun turut terbeliak dengan aksi mengoda selebriti ini.

Screen Shot 2014-10-23 at 1.14.59 PM

4. Mariah Carey ‘Hilang’ Dari Pentas

Sebenarnya kami tak berapa puas menyaksikan konsert diva antarabangsa ini. Mana taknya, acapkali Mariah ‘hilang’ dari pentas sebaik saja selesai menyanyikan beberapa buah lagu.

Dek kerana situasi ini, ditambah pula dengan hujan lebat, ramai penonton yang mula meninggalkan stadium.

Konklusinya, konsert malam tadi memang best! Lagu-lagu seperti My All, Beautiful, Honey, I’ll Be There dan ‘Hero’ betul-betul mengimbau kembali zaman kegemilangan Mariah.

???? That a hero lies in you ???? #TheElusiveChanteuseShow #MeIAmMariah #TheMisdemeanoursOfSashieMooshieTheAttackCat

A video posted by Princess Sayang (@sashasaidin) on

SKIP THIS AD ×