berita

4 Resepi Ayam Yang Ringkas, Tapi Jarang Orang Buat. Yang Last Tu Paling Mudah!

May 4th, 2018 | by Shafika
MyResipi

Lauk pauk yang berasaskan ayam merupakan hidangan yang sering menjadi pilihan dan boleh juga dikatakan sebagai menu wajib ada setiap kali waktu makan. Ada banyak jenis resepi ayam yang biasa kita masak tapi, bukan semua orang mempunyai kerajinan untuk memasak di dapur. Lagi-lagi jika perlu menyediakan masakan yang rumit seperti kari ayam, Betul tak?

Jadi hari ini kami nak kongsikan beberapa resepi ayam yang sangat mudah disediakan tapi pastinya sedap dan menyelerakan. Cium bau pun dah lapar!

Ayam phat phet

Orang Malaysia ni memang sinonim sangat dengan masakan ala thai seperti tomyam, pakapau, dan paprik. Tapi jarangkan korang dengar ayam masak phat phet ni? Ia berbeza dengan masakan ala paprik. Paling ketara sekali adalah warna dan sudah pasti rasanya juga berbeza. Haa, bagi korang yang suka makan pedas boleh lah cuba resepi ini!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/ayam-phat-phet-

Ayam kung pao

Resepi ini pula pernah viral diruang Facebook dan sudah pastilah disebabkan oleh keenakan rasanya yang menambat hati. Kalau korang sukakan menu yang simple, korang boleh cuba resepi ini. Pasti tak menyesal!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/ayam-kung-pao

Ayam lemon simple

Untuk korang yang tak suka makan pedas-pedas pula boleh cuba resepi ayam lemon ni. Rasanya manis kemasaman dan ada sedikit rasa crunchy. Kanak-kanak pasti suka menu ini, makan pun boleh bertambah!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/ayam-lemon-simple

Creamy butter chicken

Butter chicken merupakan salah satu resepi yang agak popular dan mudah diterima umum disebabkan oleh rasanya yang tidak keterlaluan pedas dan berlemak. Kalau korang nak tahu butter chicken juga disebut sebagai Murgh Makhani dalam Bahasa Hindi dan pastinya resepi ini berasal daripada Delhi, India. Jangan tersilap!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/creamy-butter-chicken

Sumber: MyResipi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

Most Read Today