berita

4 Tahun Berjauhan & Hanya Video Call, Anak Teruja Akhirnya Jumpa Bapa Kandung – ‘Kenapa Suara Abie Dah Lain’

January 29th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Berpisah atau berjauhan dengan insan tercinta amat perit lebih-lebih lagi jika mereka adalah darah daging sendiri. Tiada kata yang boleh diungkapkan betapa rindunya terhadap mereka. Tak dinafikan, tiada seorang ibu atau ayah pun yang sanggup berjauhan dengan anak-anak namun kadangkala keadaan yang membuatkan mereka terpaksa berbuat demikian.

Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak ini yang terpaksa menanggung rindu terhadap bapa tersayang dan setelah empat tahun, anak beranak ini akhirnya bersatu.

4 tahun tak jumpa bapa

Menerusi sebuah video yang dikongsi pengguna TikTok Nana Feedoow, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Adam tidak dapat menahan kegembiraan dan keterujaan saat melihat wajah bapa tercinta. Bayangkan selama empat tahun, Adam hanya berhubung bersama bapa tercinta menerusi panggilan video sahaja.

Lebih meruntun hati apabila anak kecil ini langsung tidak berkesempatan bermesra dan bermanja bersama bapa sendiri seperti kanak-kanak lain. Setelah empat tahun bekerja di Australia, bapa Adam akhirnya pulang ke tanah air.

Alhamdulillah, welcome home Abie. Selalu video call/voice call je dengan anak. Kali ni kita surprise Adam reaction bila jumpa Abie depan-depan.

‘Kenapa suara dah lain?’

Jika dilihat daripada video yang dikongsikan, Adam berada di lapangan terbang bersama ibunya. Wanita tersebut ingin membuat kejutan kepada anak lelakinya itu dengan kononnya menyuruhnya mencari kedai ‘donut’. Namun langkah Adam terhenti saat seorang lelaki yang memakai pelitup muka menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dengan wajah yang agak ‘keliru’, kanak-kanak ini kemudian menyambut salam sambil mencium tangan lelaki itu.

Adam seakan tidak mengenali wajah lelaki itu disebabkan wajahnya ditutupi dengan pelitup muka. Saat lelaki itu membuka pelitup muka tersebut, wajah Adam berubah serta merta. Dia sangat terkejut rupanya lelaki tersebut adalah insan tersayang yang dirinduinya selama ini. Adam kemudian memeluk bapanya sambil tertawa bahagia.

Namun apa yang membuat ramai sebak selepas Adam bertanya kepada bapanya mengapa suaranya sudah berubah. Tak dapat digambarkan betapa bahagia anak kecil ini akhirnya dapat bertemu dengan bapa tersayang.

Sebaknya…

Komen netizen

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 500k tontonan dan kebanyakan netizen mengakui sebak selepas menonton video tersebut.

Sumber: Nana Feedoow

SKIP THIS AD ×