berita

41 Lagi Pelajar Tahfiz Kluster Sri Petaling Pulih Sepenuhnya

April 12th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perkembangan mengenai wabak Covid-19 di Malaysia menunjukkan tanda positif selepas berjaya menyembuhkan seramai 1995 kes daripada 4530 kes positif. Maklumat terbaru yang diterima melalui Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah berkongsi berita gembira apabila 41 pesakit positif dari kluster jemaah tabligh Sri Petaling telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).

41 pesakit pulih sepenuhnya

Alhamdulillah, pada hari ini 12 April 2020 (Ahad), seramai 41 pesakit positif COVID-19 daripada kalangan pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling telah selamat sembuh dan didiscaj dari wad di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).

Menurutnya, kesemua mereka berusia antara 14 hingga 29 tahun itu telah menerima rawatan di HCTM selepas dikuarantin di Institut Sosial Malaysia. Kumpulan ini dipercayai terdedah dengan wabak Covid-19 selepas menghadiri perhimpunan  di Masjid Sri Petaling yang berlangsung pada awal Mac lalu.

Pesakit muda lagi senang sembuh

Kumpulan pelajar ini merupakan pesakit pada usia muda. Justeru proses penyembuhan dan prognosis mereka adalah lebih baik berbanding pesakit yang berusia ataupun yang menghidap penyakit kronik lain seperti hipertensi atau kencing manis.

Di dalam kes ini, kesemua 41 mereka tidak mengalami sebarang simptom tetapi mampu untuk menjangkiti dan menyebarkan COVID-19 kepada masyarakat sekeliling tanpa menyedari mereka telah dijangkiti.

Tambahnya lagi, kesemua pesakit ini merupakan pesakit di usia muda. Justeru itu, proses penyembuhan dan prognosis mereka dikatakan lebih baik berbanding pesakit yang berusia yang menghidap penyakit kronik.

Sumber: Datuk Noor Hisham Abdullah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×