berita

416 Kes Positif Covid-19 Bukan Warganegara Malaysia, 2 Kes Kematian Hari Ini

April 9th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham menerusi satu sidang media hari ini melaporkan terdapat sebanyak 109 kes terbaru direkodkan.

Seramai 121 orang sembuh dan dibenarkan pulang manakala 2 kes kematian dicatatkan hari ini. Rekod ini menjadikan keseluruhan kes sebanyak 4,228.

Kes terbaharu

Sehingga hari ini seramai 72 pesakit positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 43 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dukacita dimaklumkan terdapat 2 kes kematian di Malaysia menjadikan 67 kes. Kes kematian ke-66 merupakan seorang lelaki berusia 59 tahun. Mempunyai penyakit kronik dan sejarah menghadiri perhimpunan di Sri Petaling.

Manakala, kes kematian ke-67 merupakan perempuan berusia 23 tahun. Dia mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif Covid-19. Ini merupakan kes generasi kelima kluster persidangan gereja di Kuching, Sarawak. Bagaimanapun, dia bukan peserta yang menghadari persidangan tersebut.

Kes bukan dalam kalangan warganegara

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/525062368173139/

Sementara itu, KKM telah mengesan sebanyak 416 kes positif dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Sehingga kini telah mencatatkan 2 kes kematian warganegara Pakistan dan Indonesia.

Warganegara Indonesia mencatatkan kes seramai 51, manakala 37 kes daripada warga India, 31 dari warga Myanmar, 29 kes dari Pakistan dan 27 kes dari warganegara Filipina. Bagaimanapun, KKM bekerjasama rapat dengan pihak The United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) bagi memastikan golongan pelarian dan bukan warganegara turut mendapat pemeriksaan ujian Covid-19 ini.

KKM turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih buat badan-badan NGO, sukarelawan dan kerajaan yang telah membantu menghadapi PKP ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×