berita

4H3M Di Mukah, Sarawak Beri Admin Keterujaan Meneroka Budaya & Kehidupan Orang Melanau

December 19th, 2019 | by Epul
Travelogue

Sebut je Sarawak mesti korang familiar dengan Kuching, Sibu dan Bintulu. Kalau admin sebut Mukah, tak ramai yang tahu melainkan korang yang asal dari sana kan? Jangan tak tahu, pekan berhampiran pantai yang berkeluasan 2,536 kilometer persegi dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran ini terkenal dengan pelbagai tinggalan sejarah serta sangat sesuai untuk korang yang nak dekatkan diri dengan alam semulajadi!

Memandangkan admin pun perlukan rehat, nak alihkan fikiran dan mahu kebebasan dari hiruk-pikuk ibu kota, bagaikan rezeki jatuh dari langit bila Lembaga Pelancongan Sarawak ajak admin ke Mukah untuk explore tempat-tempat menarik yang ada kat sana baru-baru ni.

Jom ikut admin meneroka keindahan Mukah. Mana tahu satu hari nanti korang tergerak hati nak ke sana. Boleh jadikan pengembaraan admin selama 4 hari 3 malam ni sebagai inspirasi. Gitu…

Pusing-pusing Sibu di hari pertama

Hari pertama admin sampai kat Lapangan Terbang Antarabangsa Sibu kira-kira jam 12 tengahari, memang ngam-ngam waktu lunch. Perut pun lapar, tour guide kata dia akan bawa pergi makan dulu baru check-in hotel. Menurut tour guide, dia nak bawa ke restoran yang menyediakan juadah asli Sarawak!

Sepanjang perjalanan, kami melepasi sebuah bangunan yang dikenali sebagai bangunan tertinggi di Sarawak iaitu Wisma Sanyan. Mempunyai ketinggian sehingga 132 meter, Wisma Sanyan yang terletak di pekan Sibu ini merupakan ibu pejabat syarikat kayu terbesar Sarawak, Sanyan Group. Ia menempatkan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Agama Negeri Sarawak selain dilengkapi pusat beli-belah, ruang makan serta pejabat.

Selepas kira-kira 30 minit perjalanan, kami tiba di Rafie Cafe yang terletak di Kampung Datu, Sibu. Kata tour guide kami, Rafie Cafe menyediakan juadah dengan rasa tradisi Sarawak seperti Mee Pok Goreng Kerang, Kampua Goreng Seafood, Kolok Mee Goreng, Mee Suah dan sebagainya. Admin sempat cuba beberapa menu dan ternyata rasanya not bad!

Selepas kira-kira sejam mencuba beberapa menu yang dicadangkan tour guide, perut dah kenyang kami pun bergerak ke Medan Hotel, Sibu untuk check-in dan berehat sebelum ke aktiviti seterusnya pada waktu malam.

Admin ni jenis suka ke pasar malam, jadi tak sahlah kalau tak explore suasana pasar malam Sibu kan? Sotour guide bawa kami pusing-pusing Tapak Pasar Malam Sibu di Jalan Market. Kat situ ada banyak makanan murah-murah seperti apam balik rangup berharga cuma 60 sen, kepak ayam dan pelbagai lagi. Rambang mata admin dibuatnya!

Selesai pusing Tapak Pasar Malam Sibu, kami dibawa untuk makan malam di salah satu kafe Cina Halal di Sibu iaitu Red Carrot Cafe yang terletak di Jalan Pedada, Taman Seduan 8, Sibu. Selesai makan malam, kami pun pulang ke hotel untuk berehat.

Belajar budaya dengan melawat muzium dan perkampungan Iban

Satu lagi yang admin suka bila ke negeri orang ialah melawat muzium bagi mempelajari budaya dan warisan mereka. Jadi, admin dibawa ke Muzium Warisan Kebudayaan Sibu di Pusat Warisan Sibu di Jalan Central yang mengumpulkan ratusan koleksi barangan kebudayaan kaum Melanau.

Kebanyakan koleksi barangan di sana sangat unik dan sukar dijumpai memandangkan keaslian barangan kebudayaan itu masih terpelihara. Antara yang menarik perhatian admin adalah barangan untuk menangkap ikan, pembuatan sagu, pelantar (Jagan), replika perahu nelayan, dakan (Belum), rumah Belanga dan Jerunai.

Selesai mengelilingi muzium, admin diberitahu kami akan dibawa naik bot ekspres ke Mukah daripada Sibu. Menurut tour guide kami, perjalanan ke Mukah melalui jalan air lebih menyeronokkan kerana dapat melihat dan singgah di beberapa perkampungan atas air masyarakat Iban.

Sampai di sebuah perkampungan Iban, admin cukup teruja dengan kehidupan mereka di atas air yang lengkap dengan sekolah, rumah, dewan serbaguna dan sebagainya. Menggunakan bot kecil pada tambang serendah 50 sen sebagai medium pengangkutan utama, cukup untuk buat admin celik mata dan bersyukur dengan apa yang ada. Kata mereka, bot kecil lagi murah dan cepat!

Oh ya, admin perasan setiap rumah atas air orang Iban di sana membela seekor khinzir bagi meneruskan tradisi. Kata mereka, ia akan dijadikan buah tangan untuk keluarga menantu bila ada majlis kahwin kelak. Unik kan?

Menghabiskan masa kira-kira 30 minit melawat sekitar perkampungan atas air orang Iban, admin meneruskan perjalanan atas bot untuk ke Mukah. Sampai di Mukah kira-kira jam 3 petang, perut pun lapar jadi kami di bawa untuk menikmati mi udang galah. Tak sabarnya!

Kalau korang tak tahu, di Mukah ni ada satu kedai mi udang dikenali sebagai Jaranah Cafe yang terletak di Gerai Tamu Oya, Dalat. Sampai je apa yang admin order, memang admin terkejut dengan saiz udang galah mereka! Segar, isi padat dan dijual pada harga kira-kira RM30-RM35, sangat berpatutan!

Selesai makan, badan pun dah penat jadi mari kita check-in di tempat penginapan kedua. Kampung Kebudayaan Lamin Dana sangat mesra alam semulajadi kerana ia terletak di tengah-tengah perkampungan Melanau. Oleh kerana ia terletak di atas air, tiada jalan raya sebaliknya korang hanya akan menggunakan jambatan kayu di sana. Dari tepi bilik boleh dengar burung berkicau, serangga dan suasana menenangkan.

Hari ketiga kita masuk hutan!

Tiba hari ketiga, tour guide kami bagi tahu yang kami akan naik bot ke dalam hutan untuk tengok pekerja potong batang sagu. Uuu, interesting! Waktu potong batang sagu tu nampak ada ulat sagu keluar!

Dekat 30 minit juga admin kat dalam hutan tu. Kemudian, kami naik bot semula untuk ke Pasar Mukah. Kalau korang nak tahu, sepanjang perjalanan tu ada seekor buaya besar follow kami dari belakang. Admin memang tak perasan tapi kawan admin bagitau bila kami dah sampai Pasar Mukah. Nasib baik!

Kat Pasar Mukah, admin jumpa pelbagai produk asli Sarawak murah-murah. Contohnya, ulat sagu yang admin jumpa dalam hutan tadi. Sepaket cuma RM10 dan ia masih bergerak-gerak tau! Selain tu, ada juga umai iaitu hirisan ikan segar, biji sago seperti sago medong, sago mukah dan macam-macam lagi.

Paling best, admin cabar team travel admin makan ulat sagu hidup-hidup dan dia sahut cabaran admin! Tengok video kat bawah…

Menjelang petang, admin dibawa ke pusat memproses kuih asli iaitu Kilang Kuih Sepit di Kampung Judan, Mukah. Kat situ admin belajar buat kuih sepit. Nampak macam senang tapi sebenarnya ia memerlukan kepakaran dan kepantasan sebenar! Kuih kat sana memang murah, sepaket cuma RM1!

Selesai shopping, kami pun check-out dari Lamin Dana dan menuju ke Sibu untuk pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya. Kali ni, kami dibawa lalu jalan darat. 2 jam juga atas jalan melalui Lebuhraya Pan-Borneo yang masih dalam construction!

Shopping cenderahati di Pasar Sentral Sibu. Murah-murah!

Hari terakhir admin di Sarawak, wajiblah beli ole-ole atau buah tangan untuk diri sendiri dan orang Semenanjung kan? Kami pun ke Pasar Sentral Sibu dan ternampak banyak cenderahati menarik dan murah-murah pula tu!

Antaranya kain batik Sarawak untuk lelaki dan perempuan yang berharga RM7 sehelai, ikan bilis segar, bakul rotan dan kek lapis Sarawak asli berharga serendah RM10. Rambang mata admin dibuatnya! Kalau korang pandai nego harga, mungkin boleh dapat lagi murah!

Selesai membeli-belah, kami pun bergerak ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur. Amacam? Banyak juga kan rupanya tempat yang admin explore di Sarawak kali ni? Korang bila lagi nak pergi Sarawak?

Terima kasih Lembaga Pelancongan Sarawak bawa admin ke Mukah dan meneroka budaya orang Melanau di sana. Kalau korang nak tengok lebih banyak tempat menarik di Sarawak, korang boleh layari laman web Sarawak Tourism Board. Selamat melancong!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×