berita

5 Benda Tipikal Yang Orang Malaysia Buat Kalau Rasa Tak Sihat. Korang Macam Ni Ke?

October 31st, 2019 | by Epul
Kesihatan & Hidup Aktif

Wei aku ni asyik sakit belakang je, kau rasa kenapa dengan aku? Ada orang nak buat aku ke?

Haa.. Mengaku cepat, siapa macam ni atau ada kawan-kawan yang kalau rasa tak sihat sikit mesti dah jump into conclusion kena buatan orang la, ada benda ikut la.

Dah nak masuk tahun 2020 kot, kita kena hentikan semua ni. Ni kami share 5 benda tipikal yang orang Malaysia confirm akan buat kalau diorang rasa macam tak sihat! Korang mesti pernah buat kan?

1. Lagi percaya petua orang dulu-dulu.

Ramai je sebenarnya yang lagi percayakan petua orang dulu-dulu. Kalau sakit je pergi cari tok siah minta air penawar. Padahal sakit tu kena dapatkan rawatan doktor, manalah penyakit tak melarat!

2. Kaitkan dengan pantang larang. Haish..

Ni selalu terjadi dalam masyarakat, kadang-kadang ada yang percaya sesuatu penyakit tu jadi sebab langgar pantang larang, sampailah penyakit jadi melarat. Lepas tu, bila bawa jumpa pakar dah tak mampu nak diubati. Sedih kan?

3. Tanya kawan-kawan terdekat.

Tipulah kalau korang tak pernah mengadu kalau sakit, daripada korang post kat social media dan takde orang nak layan. Apa kata korang mengadu je kat best friend korang. Time sakit ni la korang boleh dapat perhatian. Kadang-kadang kawan ni ada nasihat dan petua yang berguna sebab mereka mungkin pernah alami sakit yang sama sebelum ni.

4. Mengadu kat yang tersayang… Manjanya!

Ni tipu kalau tak pernah buat. Rasa sakit sikit, terus mengadu kat yang tersayang. Ada yang mengadu pada pasangan. Tapi, nak lagi manja mengadu je dekat mak atau ayah. Gerenti balik rumah, mak ayah dah siap buat bubur untuk korang.

5. Lagi percayakan Dr Google!

Benda paling tipikal yang admin jamin setiap daripada korang pernah buat, Google simptom penyakit dekat internet, walaupun maklumat dekat Dr Google ni susah nak dipercayai. Maklumlah, sekarang kan semua orang sentiasa dengan telefon pintar sebab tu masing-masing nak cari jalan mudah nak dapatkan penyelesaian di hujung jari. Betul tak?

Download je aplikasi Pulse daripada Prudential. Nak check kesihatan pun mudah!

Haa.. Ni kami nak share dengan korang satu cara yang sangat mudah untuk dapatkan solusi mengenai kesihatan dan kecergasan diri hanya dengan aplikasi Pulse daripada Prudential.

Aplikasi dengan perintis kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) ini merupakan aplikasi penjagaan kesihatan pertama di Malaysia yang mampu memberikan maklumat yang korang perlukan mengenai simpton-simpton penyakit yang korang hadapi.

Pulse daripada Prudential memfokuskan 3 perkara utama dari aspek penjagaan kesihatan yang korang sering terlepas pandang. Dengan Pulse, korang boleh dapatkan khidmat nasihat tentang penjagaan kesihatan, update tentang aktiviti kesihatan dan juga info tentang persekitaran yang boleh memberi ancaman kepada kesihatan diri seperti wabak denggi.

Pulse daripada Prudential berkolaborasi dengan beberapa syarikat seperti Babylon (pemeriksaan dan penilaian kesihatan), Tictrac (penjejak kecergasan), DoctorOnCall (konsultasi doktor melalui panggilan telefon atau video) dan AIME (pengesan hotspot wabak denggi) yang memberikan perkhidmatan teknologi kesihatan khas buat korang.

Selain daripada penjagaan kesihataan, Pulse juga mempunyai fungsi untuk memantau tahap kecergasan korang tau. Senanglah korang nak track aktiviti seharian sambil menjaga kesihatan hanya dengan satu aplikasi!

Korang cukup cergas? Cabar diri korang dengan Tictrac Challenge!

Nak lebih bersemangat untuk mengamalkan gaya hidup sihat? Apa kata korang sertai TicTrac Challenge, cabaran interaktif dalam talian yang membantu korang untuk meningkatkan kecergasan diri.

Selain tu juga, Tictrac Challenge ni turut menawarkan ganjaran yang berbeza setiap bulan kalau korang berjaya menjadi pencabar dengan langkah tertinggi. Wow, menarik kan?

Sebenarnya banyak lagi yang korang boleh explore dengan aplikasi Pulse ni tau! Kalau boleh, ajaklah sekali kawan-kawan korang untuk join Tictrac Challenge ni. Barulah boleh sihat sama-sama!

Apa lagi yang menarik dengan Pulse daripada Prudential ni?

Kalau selama ni korang percayakan maklumat daripada Dr Google, apa kata kali ni korang dapatkan maklumat tentang kesihatan daripada pakar sebenar secara atas talian.

  • Pemeriksaan kesihatan – Dapatkan pandangan kesihatan berkaitan dan fahami simpton korang menggunakan teknologi AI.
  • Periksa simptom anda – Hanya taip simpton penyakit dan akan ada sesi Q&A untuk mendapatkan solusi terbaik mengenai penyakit yang korang hidapi.
  • Berhubung dengan doktor – Perkhidmatan secara terus dengan panel doktor yang terpilih. Doktor akan berikan khidmat nasihat dan tiada limitasi untuk setiap konsultasi. (8AM – 12AM) *FREE untuk pelanggan Prudential dan RM10 jika anda bukan pelanggan.

Untuk pengetahuan korang, aplikasi ni tak terhad kepada pelanggan Prudential sahaja kerana aplikasi ni boleh di muat turun secara percuma. Sesiapa saja yang memuat turun aplikasi Pulse boleh menggunakan semua perkhidmatan yang disediakan dengan terma dan syarat yang ditetapkan.

Apa-apa pun, kalau korang ada penyakit yang lebih kronik terus jumpa doktor untuk dapatkan nasihat daripada pakar, sebab Pulse daripada Prudential ni hanya sebuah aplikasi untuk memudahkan korang. Sebagai salah satu syarikat yang menawarkan insurans kesihatan terkemuka di Malaysia, Prudential semestinya inginkan yang terbaik untuk penjagaan kesihatan korang!

So, tunggu apa lagi? Lepas ni tak payah susah-susah nak cari penyelesaian masalah kesihatan korang kat Mr Google. Dapatkan penyelesaian yang lebih dipercayai hanya di hujung jari dengan Pulse. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Pulse dan jangan lupa download aplikasi Pulse by Prudential di Playstore dan App Store.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×