
Pernah tak korang baca satu berita viral, rasa marah, terkejut atau terus simpati lepas tu tanpa fikir panjang, terus tekan share?
Hakikatnya, bukan semua benda yang viral tu betul. Malah, banyak “berita” yang pernah trending sebenarnya palsu, disalah tafsir atau dimanipulasi, tapi dah pun tersebar luas sebelum kebenaran sempat dijelaskan.
Ini 5 contoh pola berita palsu yang sering viral dan buat ramai orang tersilap percaya.
1. Berita sensasi dengan tajuk terlampau extreme

Contoh tajuk macam:
“TERBONGKAR!”
“Mereka sebenarnya sembunyikan kebenaran!”
“Ini yang mereka tak nak korang tahu!”
Biasanya, isi sebenar berita tak sepadan langsung dengan tajuk. Tajuk sengaja dibuat keterlaluan untuk tarik emosi marah, takut atau panik supaya orang terus klik dan kongsi.
Masalahnya, ramai hanya baca tajuk… bukan isi penuh.
2. Gambar lama dikitar semula sebagai berita baharu

Ini antara teknik paling kerap digunakan. Gambar kejadian lama, bencana di negara lain, atau isu bertahun-tahun lepas pun dikongsi semula dengan kapsyen baharu seolah-olah ia berlaku sekarang.
Bila digabungkan dengan ayat yang meyakinkan, ramai terus percaya tanpa sedar konteks sebenar dah berubah.
3. Cerita ‘orang dalam’ yang tak tahu sumber

“Sepupu kawan saya kerja kat sana…”
“Orang dalam cakap…”
“Sumber dalaman dedahkan…”
Cerita macam ni memang nampak eksklusif, tapi hakikatnya tiada bukti, tiada sumber rasmi, dan selalunya hanya berdasarkan khabar angin.
Bila orang rasa mereka dapat info ‘rahsia’, kecenderungan untuk share jadi lebih tinggi.
4. Video dipetik separuh tanpa konteks

Video senang buat orang percaya sebab kita rasa “nampak dengan mata sendiri”. Tapi ramai tak sedar, banyak video viral sebenarnya hanya dipetik beberapa saat paling sensasi, tanpa tunjuk apa yang berlaku sebelum atau selepas.
Bila klip pendek dikongsi bersama kapsyen yang mengarah emosi, penonton mudah salah faham situasi sebenar. Walaupun nampak real, video tanpa konteks tak semestinya ceritakan kebenaran penuh.
5. ‘Ramai dah share’ buat kita rasa ia betul

Ini perangkap paling biasa.
Bila nampak sesuatu post dah dikongsi ribuan kali, otak kita automatik fikir:
“Kalau ramai share, mesti betul.”
Padahal, jumlah share tak pernah jadi bukti kebenaran. Kadang-kadang, sesuatu berita jadi viral kerana ia salah, bukan kerana ia benar.
Kenapa berita palsu atau AI ni senang sangat tersebar?
Jawapannya mudah je.. emosi bergerak lebih laju daripada fakta.
Berita yang buat kita marah, sedih, terkejut atau takut akan selalu menang perhatian dulu. Dan bila emosi dah ambil alih, kita jarang berhenti untuk semak.
Tambahan pula, teknologi hari ini termasuk AI menjadikan visual dan cerita nampak semakin realistik.
Jadi, apa yang kita boleh buat?
Tak salah nak baca atau kongsi sesuatu yang menarik. Tapi sebelum tekan butang share, ambil masa sekejap untuk tanya diri sendiri:
- Berita ni datang dari sumber yang boleh dipercayai ke?
- Ada tarikh, lokasi atau konteks yang jelas?
- Ini fakta atau sekadar cerita yang buat emosi aku terusik?
Beberapa saat untuk berfikir boleh elakkan satu berita palsu terus tersebar. AI dan teknologi bukan satu-satunya punca berita palsu. Kadang-kadang, cara kita sendiri consume dan share maklumat yang buat benda ni terus hidup.
AI boleh jadi alat yang kreatif dan membantu tapi kita yang menentukan bagaimana ia digunakan.







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
