berita

5 Cara Buat DIY Pedicure Dekat Rumah Untuk Kaki Lebih Sihat & Cantik!

July 31st, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Biasanya kita akan ignore kesihatan kaki, betul tak? Siapa je rajin buat pedicure sendiri kat rumah sebab macam leceh dan kita tak tahu pun cara yang betul untuk jaga kesihatan kaki. Haa..Sebenarnya, senang je girls!

Takpe! Hari ni Sis share pula dekat korang cara macam mana nak buat DIY home pedicure. Yang penting jimat duit korang sebab dah tak payah bayar sampai RM100 dekat kedai.

1. Rendam Kaki Dalam Air Suam

Langkah pertama, korang rendam kaki dalam air suam bersama campuran bath salt selama 15 minit. Ataupun kalau korang malas, mandi je macam biasa sebab bila mandi kaki kita akan lembut sikit dari biasa.

2. Exfoliate Guna Foot File

 

Korang boleh cari foot file dekat Daiso ataupun Mr DIY. Murah je! Dia ada dua belah, coarse dan fine side. So, korang guna coarse side dulu, kemudian guna fine side. Gunakan dengan berhati-hati tau! Jangan kasar sangat takut kaki korang terluka nanti. Function foot file untuk buang sel kulit mati pada kaki korang tu.

Lepasni takdelah tumit crack dengan kaki kasar dah!

3. Massage Kaki Guna Lotion

Dah siap tu korang keringkan kaki guna towel dan massage kaki guna lotion. Tak kisah apa-apa jenis lotion pun boleh. Korang boleh guna foot mask ataupun body lotion. Ni untuk melembutkan kaki kita.

4. Trim Kuku

Kalau kuku kaki korang dah panjang, potong guna nail trimmer. Sebenarnya lagi bagus kalau kita potong dia straight daripada potong dekat sangat dengan curve kulit kaki sebab nanti boleh ada ingrown toenail pula.

5. Buff & Shine Kuku

Korang boleh gunakan nail file dan buffer untuk bentukkan dan smoothkan kuku korang. Barulah nampak cantik dan kemas kalau kuku dah ada shape dan berkilat.

Haa senang je kan nak buat pedicure sendiri kat rumah! Lepasni jangan bagi alasan kalau kaki korang crack dan nampak tak healthy! Kalau malas sangat nak buat, korang boleh rajinkan diri pakai lotion dan tidur pakai stoking.

Paling penting, korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.