berita

5 Cara DIY Dekorasi Raya Versi Bajet, Guna Barang Terpakai Pun Boleh!

May 18th, 2020 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Mesti pelbagai persiapan telah dibuat untuk meraikan kemenangan umat Islam ini kan? Walaupun tahun ini sambutannya kurang meriah, anda jangan risau kerana pelbagai cara lagi yang boleh dilakukan untuk menaikkan kembali mood anda.

Jadi, di sini kami nak kongsi 5 tips DIY dekorasi raya versi bajet yang menggunakan bahan terpakai dan barangan dari kedai ECO/DIY sahaja.

Pokok pisang

Foto: Hairul Rahim

Untuk mewujudkan suasana tenang, elemen pokok dan kehijauan memang wajib ada dalam rumah. Tak perlu mengeluarkan bajet yang besar, korang boleh DIY sendiri pokok pisang ini menggunakan beberapa barang yang boleh didapati di kedai ECO sahaja. Jom baca perkongsian daripada Hairul Rahim ini.

Cara-caranya

Daun ini saya potong sedikit dia punya batang bagi memudahkan saya menggulungnya dekat batang buluh.

Dah siap ikat pakai cable tie ikut ketinggian yang dikehendaki. Yang ini saya buat 2 meter tinggi dan batang seterusnya lebih rendah.

Batang buluh saya lilit dengan pembalut hijau. Tebal-tebal sedikit dekat Eco ada jual. Pasang sponge macam biasa dalam pasu padat-padat. Dalam pasu tu batu bata je saya pecah-pecahkan.

Wainscoting bajet guna cat & masking tape

Foto: Awin UnLy

Selain itu, anda juga boleh mencipta kelainan dinding rumah dengan hiasan wainscoting. Wainscoting versi bajet Awin UnLy ini hanya menggunakan cat dan masking tape.

Tip deko wainscotting bajet. WaWa UnLy membuat ukuran menggunakan batang besi sahaja.
1. Ukur cantik-cantik
2. Pakai tape yang tak rosak cat. Masking tape lagi bagus.
2. Cat je kat atas tape tu kasi rata, yang ni pakai cat mahai sikit. Shining.
3. Lepas tunggu kering sikit terus tarik tapenya.
4. Siap.

DIY kerusi dari tayar terpakai

Foto: Ann Sue

Nak lagi kreatif, anda juga boleh gunakan tayar terpakai untuk dijadikan sebagai kerusi atau coffee table. Apa yang diperlukan adalah gam, tali dan beberapa barangan terpakai lain. Jom ikut cara yang dikongsikan Ann Sue ini, nampak mahal!

Foto: Ann Sue

Diy meja dan kerusi tayar terpakai. Alas tempat duduk. Saya guna almari yang terpakai. Potong bentuk bulat untuk tutup lubang tayar. Papan bentuk bulat saya lapik dengan span guna tilam terpakai. Balut pulak guna lebih kain langsir yang saya simpan dah lebih 10 tahun. Kos beli tali & gam je. Hasilnya nampak mewah kan.

Lampu hiasan dinding

Foto: Hani Zakaria

Siapa sangka lampu hiasan cantik sebegini adalah hasil daripada proses DIY sahaja? Nampak lain daripada yang lain, lampu hiasan ini boleh dijadikan salah satu daya penarik bagi dekorasi raya anda nanti. Apa yang menariknya, cara DIY daripada Hani Zakaria ini menggunakan botol sos spageti, bingkai cermin yang dah pecah dan beberapa barangan lain yang boleh didapati di Mr DIY.

Bingkai dari batang aiskrim

Foto: Princess Haliza Azani

Rumah berkonsepkan minimalis merupakan trend terkini yang menjadi ikutan ramai. Tidak perlu menggunakan hiasan sarat, dekorasi dinding yang simple juga mampu membuatkan ruang nampak lebih menarik dan luas. Seperti perkongsian Princess Haliza Azani, beliau menggunakan batang aiskrim menghasilkan frame dinding yang unik.

Batang aiskrim RM2.10 x 10 paket (Eco RM2.10)
Lampu + Lilin (Daiso) RM5.90×3
Pasu (Ikea) RM4
Glue Gun

Semua bingkai tu diperbuat dari batang aiskrim. Satu bentuk 75 batang. Ikut la ketebalan anda nak. Nak nipis boleh kurangkan lagi. Satu paket ada 50 batang. Guna batang aiskrim yang besar baru cantik. Nak tahu cara dia Youtube Hexagon Wall. Saya tampal guna paku.

Walaupun tahun ini raya disambut sederhana tanpa kehadiran sanak saudara, ini tidak boleh dijadikan alasan untuk terus bersedih sahaja. Gunakan peluang yang ada ini untuk menceriakan ruang rumah agar kelihatan lebih menarik. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×