
Salah satu momen paling mengharukan sebagai ibu bapa baru adalah bila nampak si kecil mula buat pergerakan pertama mereka.
Tapi… dalam seronok tu, mesti ada juga rasa tertanya-tanya dalam hati:
“Cukup ke tummy time dia?”
“Patut ke kita tolong lebih lagi?”
“Anak aku ni lambat ke daripada budak lain?”
Tenang mama, papa. Rasa ragu-ragu tu normal okay! Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak masing-masing, terutamanya bila bab perkembangan fizikal ni.
Yang penting, korang tak perlu buat benda yang susah atau mahal pun. Sebenarnya, langkah-langkah kecil yang konsisten pun dah cukup bagus untuk bantu si manja bergerak dengan lebih baik.
Ni kami senaraikan 5 cara mudah yang korang boleh start hari ini juga untuk sokong perkembangan motor bayi.
1. Bagi si manja lebih masa baring di lantai, bukan duduk je dalam bouncer atau swing

Kredit: Offspring/Ayu Harriss
Memang mudah nak letak si manja dalam rocker atau carrier bila kita tengah sibuk, especially bila penat, banyak kerja rumah, atau kurang tidur. Tapi tau tak, pergerakan paling best selalunya berlaku bila si manja baring je atas lantai?
Letakkan sahaja si manja atas permukaan yang rata dan selamat. Biar ia bebas meregang, mengeliat dan belajar kawal tangan kaki sendiri.
Pakai baju yang longgar dan selesa pun membantu, dan pilih lampin yang tak tebal atau keras supaya si manja boleh bergerak dengan bebas.
2. Jadikan tummy time sebagai rutin – walaupun sekejap je!

Kredit: Offspring/Ayu Harriss
Tummy time ni kira macam ‘senaman’ asas buat bayi untuk kuatkan leher, bahu, lengan dan perut. Semua otot penting sebelum mereka boleh berguling, meniarap dan merangkak.
Kalau si manja meragam lepas seminit, jangan cepat putus asa! Start sikit-sikit dulu. Guna playmat lembut, letak cermin depan dia, atau baring sekali sambil borak dengan dia.
Tips extra: Elakkan pakaian ketat kat bahagian sendi supaya si manja senang nak bergerak ya!
3. Cuba panggil nama si manja dari kiri dan kanan masa mereka baring

Kredit: Freepik
Nak si manja pandai berguling? Jangan terus ajar suruh ‘flip’ ya. Mulakan dari gerakan kecik macam toleh kepala atau alih berat badan.
Cara paling senang nak galakkan adalah tukar posisi korang. Kalau selalu duduk sebelah kiri si manja, tukar ke kanan. Goyang-goyang mainan atau panggil nama dia.
Pergerakan kiri-kanan ni bantu mereka kawal leher, pusing badan dan lama-lama… barulah boleh pusing satu badan penuh!
4. Bagi si manja ruang untuk bebas menendang, meregang & melibas – tak perlu swaddle sepanjang masa

Kredit: Osspring/Aina Farhana
Kadang-kadang nampak si manja menendang tu macam suka-suka je, tapi sebenarnya tu latihan otot tau!
Setiap kali kaki dia terangkat, itu semua bantu kuatkan pinggul, peha dan perut yang juga merupakan otot penting sebelum mula merangkak dan berdiri.
So, bagi masa tanpa bedung (swaddle-free time) dalam sehari. Elakkan lampin tebal sangat sebab boleh ganggu pergerakan mereka. Lagi nipis, lagi senang baby nak explore.
5. Letak mainan sedikit jauh – bagi si manja cabaran untuk cuba capai

Kredit: Freepik
Kadang-kadang, nak galakkan si manja bergerak tak perlu pun alat mahal atau setup yang fancy. Cukup letak mainan kegemaran mereka sedikit jauh dari jangkauan dan tengok bagaimana mereka berusaha nak capai – ada yang regangkan badan, pusing, atau merangkak gaya army crawl!
Cara ni bantu aktifkan otot-otot penting dan jadi latihan awal untuk duduk, merangkak dan berjalan.
Pastikan juga kawasan sekeliling selamat, pakai pakaian yang selesa, dan guna lampin yang tak mengganggu pergerakan – barulah si manja enjoy belajar sambil bermain!
Lagi best kalau guna lampin ultra nipis macam Offspring FeatherAIR – bebas bergerak, tak melecehkan!

Kredit: Offspring / Asyikin
Offspring FeatherAIR direka dengan ketebalan hanya 1.5mm – menjadikannya antara lampin paling nipis dalam pasaran!*
Bila lampin nipis dan ringan, si manja pun rasa lebih selesa, boleh bergerak dengan bebas dan kurang risiko ruam sebab pengudaraannya memang tip top.
Dengan peredaran udara 130 kali ganda dan kuasa serapan air kencing 11 kali lebih baik, kulit si manja kekal kering, sejuk dan bebas iritasi sepanjang hari.
Paling penting, lampin ni juga diluluskan oleh pakar pediatrik dan dermatologi, jadi memang sesuai untuk kulit bayi yang sensitif.
So, kalau korang tengah cari perubahan kecil tapi besar impaknya untuk bantu perkembangan fizikal si manja kesayangan korang, mulakan je dulu dengan bertukar ke Offspring FeatherAIR!
*Berdasarkan semakan dalaman Offspring terhadap maklumat produk jenama lampin terkemuka di Malaysia, setakat Mei 2025.
Untuk maklumat lanjut tentang lampin Offspring FeatherAIR, boleh layari laman web mereka di sini.








