berita

5 Ciri Pada LG TV OLED evo Yang Buat Ramai Seronok Di Rumah, No. 4 Tu Sesuai Untuk Peminat Sukan!

August 2nd, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Sekarang semua orang perlukan televisyen di rumah untuk menonton rancangan kegemaran. Memang la boleh tengok melalui smartphone, tapi feel tak sama macam tonton di kaca televisyen. Lagi best kalau skrin besar dan cantik. Baru puas!

Zaman pun dah makin moden, lagi seronok kalau ada TV OLED kat rumah. Apa yang menarik tentang TV OLED adalah televisyen ni lebih nipis, stylish dan memiliki gambar berkualiti. Kalau korang nak TV OLED terbaik, kami boleh rekomen satu untuk korang. Dijamin puas hati!

LG TV OLED evo terbaru, televisyen terbaik untuk menemani korang di rumah!

Sejak pandemik melanda, kita banyak menghabiskan masa di rumah. Tak salah kalau kita manjakan diri dengan televisyen yang buat kita lebih seronok dan selesa di rumah kan? So, korang kena la jadikan LG TV OLED evo terbaru ni sebagai teman setia korang di rumah!

Paling kagum dengan LG TV OLED evo ni, bukan setakat canggih, malah televisyen bersaiz 65 inci ni akan jadikan ruang tamu korang lebih cantik dan nampak mewah. Sesuai dengan nama, LG TV OLED evo membawa evolusi yang luar biasa dengan menawarkan gambar yang lebih jelas, cerah dan tajam. Hebat oi.

Kenapa kau nak upgrade televisyen di rumah dengan LG TV OLED evo?

Haa.. Nak jawab macam mana tu? Ala, korang bagitahu je ciri-ciri hebat pada LG TV OLED evo ni kat diorang. Habis cerita. Kalau bagitahu ni, diorang pun akan terfikir nak dapatkan LG TV OLED evo jugak nanti!

1. Sebagai salah satu masterpiece di rumah

Cuba korang tengok LG TV OLED evo ni, macam lukisan dinding! Tu la salah satu sebab utama untuk upgrade televisyen korang kat rumah tu. Kecantikan reka bentuknya dengan bezel yang super nipis menjadikan LG TV OLED evo seperti bingkai gambar di ruang tamu korang. Memang cantik la!

Tak nak lekat di dinding? No problem. LG TV OLED evo dilengkapi jugak dengan gallery stand yang cantik dan elegan. Korang boleh letakkannya di mana-mana sudut dalam rumah korang. Nampak macam karya seni yang indah. Menarik kan?

2. Memilik fungsi dalaman yang memukau

TV OLED LG evo menggunakan prosesor ? (Alpha) 9 Gen 4 AI, sebuah cip inovatif yang menggunakan algoritma deep-learning untuk menganalisa dan mengoptimumkan kandungan tontonan. Prosesor ni boleh bantu sesuaikan penampilan gambar untuk meningkatkan kualiti kandungan apa yang korang tonton.

Melalui ciri LG AI Picture Pro, prosesor dapat mengenali objek di skrin dan memprosesnya secara bebas untuk membawa 3D dan kedalaman ke setiap adegan. Hasilnya, gambar jadi lebih terang dan tajam. Korang pun dapat pengalaman menonton televisyen yang cukup sempurna.

3. Kualiti gambar yang tiada tolok bandingnya

Kalau cakap pasal kualiti gambar, rasanya belum ada lagi yang boleh kalahkan LG TV OLED evo. Sebabnya, LG TV OLED evo mempunyai jutaan piksel cahaya sendiri yang mampu hasilkan warna lebih tepat dan sempurna. Kualiti warnanya ternyata lebih baik. Lain dari yang lain!

4. Sesuai untuk peminat sukan dan gamer

Siapa kat sini banyak habiskan masa di rumah dengan menonton rancangan sukan atau main game? LG TV OLED evo memang sesuai sangat untuk korang. Nak tahu kenapa?

Peminat sukan semua, tak payah takut kalau terlepas rancangan sukan kegemaran korang, kerana dengan ciri Sport Alert pada LG TV OLED evo, korang akan diberi peringatan yang akan muncul pada skrin pada sebelum, semasa, hingga pertandingan berakhir, walaupun masa tu korang tengah tonton rancangan lain. Jadi, tak akan miss tengok bola lagi lepas ni!

Untuk gamer pulak, korang mesti seronok dengan ciri Game Optimizer pada LG TV OLED evo ni. Tak kisah la korang suka game jenis first-person shooter, role-playing atau real-time strategy sekalipun, televisyen ni akan berfungsi secara automatik untuk aturkan gambar terbaik bersesuaian dengan jenis game yang korang main tu. Macam ni memang puas main game kat rumah!

Bukan setakat tu je. LG TV OLED evo mempunyai kelengkapan layar 120Hz dengan sokongan NVDIA G-Sync, AMD FreeSync, HGiG, VRR, ALLM, dan eARC yang memenuhi spesifikasi HDMI 2.1. Semua ciri ni diperlukan korang main game generasi terbaru yang lebih hebat!

5. Sejenis Smart TV yang lebih impulsif

Dengan pembaharuan sistem operasi, webOS 6.0, LG TV OLED evo menjadi versi terbaru platform Smart TV LG yang lebih impulsif. Korang dapat akses aplikasi dengan lebih cepat dan cari rancangan dengan lebih mudah.

Selain tu, Magic Remote direka semula dengan hot key khusus untuk korang akses rancangan kegemaran korang. So, senang la korang nak alih ke rancangan kegemaran korang dengan menekan satu tombol je. Power wei!

Lepas dah tahu ciri-ciri pada LG TV OLED evo ni, mesti dah tergoda nak pasang satu kat rumah kan? Haa.. Boleh la mintak kesayangan belikan nanti!

Kami jamin anda takkan bosan berada di rumah lepas ni. Jom kita enjoy tonton rancangan kegemaran dengan LG TV OLED evo terbaru!

Gamer pun mesti seronok sebab televisyen ni mempunyai tindak balas yang pantas untuk setiap game yang korang main. Televisyen ni memang syok untuk main game wei!

Sebenarnya ada banyak lagi TV OLED yang LG ada untuk korang pilih tau. Kalau nak tahu, klik sini.

SKIP THIS AD ×