berita

5 Ciri Pada Mi 8 Lite Ini Menguatkan Lagi Sebab Kenapa Ia Sangat Sesuai Untuk Student

December 14th, 2018 | by Epul
Shout Out!

“Minggu depan dah nak daftar masuk universiti. Phone kena tukar ni, kalau tak susah sikit aku nak teruskan hidup kat sana. Tapi, phone apa yang sesuai untuk aku eh?”

Bagi siapa yang pernah lalui zaman masa first time nak masuk universiti, mesti faham sangat dah. Bagi yang baru nak lalui situasi ni, tahniah! Korang sedang membaca artikel yang tepat sebab admin kali ni nak share smartphone paling sesuai digunakan oleh student universiti, iaitu Mi 8 Lite keluaran Xiaomi.

Haa.. Kalau korang nak tau Mi 8 Lite ni juga boleh didapati secara online ni laman web rasmi Lazada tau!

Tapi, apa yang bestnya smartphone ni? Sebab apa admin kata Mi 8 Lite sangat sesuai untuk student? Jom kita explore

1. Kamera selfie 24MP membuatkan gambar korang dengan kawan-kawan lebih flawless

Jadi student, wajib untuk ada kamera yang sempurna supaya gambar yang diambil bersama kawan-kawan nampak cantik dan flawless supaya boleh dimuatnaik dalam media sosial. Jadi, korang memang patut dapatkan Mi 8 Lite ni…

Sebab, Mi 8 Lite dilengkapi kamera 24MP dengan sensor cahaya Sony IMX 576, teknologi Super Pixel 4-dalam-1 yang menyerlahkan gambar yang kekurangan cahaya. Malah, kamera hadapannya juga mampu mengesan suasana dan mengawal  jumlah cahaya yang masuk supaya gambar korang nampak cantik tak kira siang atau malam…

Bukan tu je, kamera hadapan Mi 8 Lite juga dilengkapi fungsi solekan AI yang menghasilkan gambar dan video sempurna. Dengan fungsi canggih tu, ia boleh mengenalpasti dan menganalisi rambut, kening dan bulu mata supaya menyerlahkan kecantikan semulajadi dan mengekalkan rupa asal.

Tak kiralah sama ada macam mana muka korang waktu tu, ada makeup atau tak, baru bangun tidur atau lepas jogging, kamera hadapan Mi 8 Lite sentiasa menyerlahkan rupa korang yang sempurna!

2. Skrin lebar sehingga 6.26″, puas untuk korang tengok video kat YouTube bila tak ada assignment

Jadi student ni biasalah, ada masanya pergi kelas, buat assignment dan lepak-lepak bila tak ada apa nak buat. Sambil lepak tu, mesti korang rajin layan video kat YouTube atau stream online kan? Sekali sekala dapat berhibur…

Guess what, skrin Mi 8 Lite yang berkeluasan sehingga 6.26″ confirm memuaskan hati bila korang tengok video kalau ada masa lapang. Dengan skrin lebar macam ni, gambar yang korang ambil pun akan jadi lebih cantik. Notch yang direka 45% lebih kecil juga langsung tidak menggangu korang ketika menonton video, jadi tak perlu risau!

3. Penawaran 2 warna yang menyerlahkan gaya sebagai seorang student

Mi 8 Lite boleh didapati dalam dua warna menggoda, Aurora Blue atau Midnight Black. Sebaga seorang student, apa kata korang serlahkan gaya tersendiri dengan smartphone terbaru keluaran Xiaomi ni… Confirm orang sekeliling cemburu tengok phone korang!

Bukan setakat warna, rekaan frame logam penuh di bahagian belakang yang direka menggunakan kaca 2.5D seakan-akan cermin memberikan penampilan sempurna. Bila blend dengan dua pilihan warna tadi, memang cantik dan menarik!

4. Layan game tanpa lagging dengan cip yang direka khas untuk menyokong permainan masa kini

Admin faham, student-student universiti suka sangat main game bila ada masa lapang. Jadi, sebab itu Mi 8 Lite ni sangat sesuai untuk korang kerana cip pemprosesan Qualcomm® Snapdragon™ 660 AIE direka khusus untuk memberikan pengalaman optimum ketika bermain game!

Cip GPU Adreno™ 512 dan CPU pada Mi 8 Lite ni dinaiktaraf dan mengekalkan visual kadar bingkai yang tinggi dari awal sampai korang habis main game. Bukan je mengurangkan masalah lagging, malah Mi 8 Lite menggunakan kuasa rendah ketika berfungsi. Jadi, jimat bateri korang!

5. Pilih storan sehingga 128GB, cukup untuk sesi pembelajaran korang dalam kelas

Bila namanya student, mesti lecturer akan suruh korang download nota, kajian-kajian terdahulu, soalan kuiz dan macam-macam lagi bahan belajar di internet kan? Nak simpan segala material tu perlukan storan yang besar, kalau tak, gambar yang korang ambil je dah penuh!

Mi 8 Lite menawarkan dua pilihan memori dan storan mengikut keperluan korang; 4GB+64GB dan 6GB+128GB. Jadi, memang cukup untuk menyimpan fail, gambar-gambar dan bahan belajar yang korang bakal download nanti. Menurut laman web Sandisk, storan 128GB mampu menyimpan 16,644 gambar 22MP, banyak tu!

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan Mi 8 Lite bagi memudahkan urusan harian korang sebagai seorang student!

Beli Mi 8 Liteconfirm korang tak perlu risau masalah storan tak cukup, gambar tak lawa, main game asyik lagging lagi dah. Dengan harga yang sangat berpatutan, admin yakin korang semua mampu untuk memiliki Mi 8 Lite ni!

Dapatkan Mi 8 Lite dari kedai rasmi Mi Store dan kedai jualan seluruh Malaysia, klik SINI untuk semak lokasi dan alamat penuh berdekatan rumah korang. Mi 8 Lite juga boleh didapati secara online di Lazada, jadi tunggu pengumuman jika Xiaomi ada buat promosi kat sana okay!

Untuk lebih info mengenai Mi 8 Lite dan produk-produk Xiaomi yang lain, layari laman web mereka di SINI. Jangan lupa untuk Follow dan Like sekali laman media sosial Facebook, Twitter dan Instagram Xiaomi untuk update terkini produk dan promosi mereka okay!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×