berita

5 Dikesan Positif Covid-19 Sebelum Ke Langkawi, Netizen Pertikai SOP Dalam Feri, Kapal Terbang – ‘Tiada Penjarakan Langsung’

September 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebanyak lima kes positif COVID-19 dikesan melalui saringan ujian RTK-Ag terhadap 2528 individu yang mahu ke Pulau Langkawi semalam, di empat pintu masuk lapangan terbang dan terminal feri di Kuala Perlis.

Susulan daripada itu, tanda pagar #Langkawi telah menjadi trending di laman Twitter Malaysia dan mendapat perhatian warganet. Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang mengenai Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi itu.

Jangan selfish sangat!

Di Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja mereka mendapat tahu bahawa ada lima kes positif COVID-19 yang berjaya dikesan melalui saringan ujian RTK-Ag terhadap pelancong yang tiba di Langkawi, semalam. Menurut netizen, individu yang hendak pergi ke Langkawi perlu memastikan diri mereka benar-benar sihat dan tidak mempunyai sifat pentingkan diri sendiri.

Ujar netizen lagi, Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi ini tidak akan berjaya sekiranya semua pihak tidak memainkan peranan yang sewajarnya.

Kenapa nak travel kalau tak ada rasa tanggungjawab?

Berita lima kes positif itu juga dipercayai telah mencetuskan kebimbangan terhadap individu yang sudah membeli tiket ke Langkawi. Menurut individu yang bakal ke Langkawi, mereka berharap saringan ketat terhadap kesemua pintu masuk udara dan laut ke pulau berkenaan dikawal rapi oleh pihak berkuasa.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa lima kes tersebut di kesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Bagi kes di KLIA, tiga kontak rapat kes positif juga tidak meneruskan perjalanan manakala dua kontak rapat bagi tiga kes yang dikesan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah juga berbuat demikian.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×