berita

5 Hari Bertarung Nyawa Di Hospital, Bapa Meninggal Dunia Lepas Kepala Dipijak Berkali-Kali Oleh Anak

May 18th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Tribunnews

Seorang lelaki bergelar bapa disahkan meninggal dunia selepas dipukul dan dipijak berkali-kali oleh anak kandungnya sendiri. Insiden cemas itu berpunca selepas berlakunya bertengkaran antara kedua beranak ini.

Mangsa dan suspek bertengkar

Foto: Tribunnews

Memetik laporan Tribunnews, pertengkaran tersebut berlaku semasa mangsa, Nur Awan Agus Santoso dan suspek, Shandi Kurniawan Pratama baru selesai menjual makanan di warung tempat mereka bekerja yang terletak di kompleks Kota Semarang, Indonesia. Ketika kejadian iaitu pada 13 Mei 2021, suspek telah bertanya kepada bapanya berapa wang yang mereka berjaya peroleh dan dimana wang tersebut.

Hal ini kerana pemilik warung makanan tersebut telah meminta wang deposit. Tetapi siapa sangka, rupanya pertanyaan suspek telah menyinggung perasaan mangsa. Pada awalnya, dalam keadaan marah, si bapa (mangsa) mencekik anaknya (suspek). Bermula dari situlah, pertengkaran berlaku. Berikutan daripada itu, suspek (anak) telah memukul wajah mangsa (bapa) sebanyak dua kali hingga mangsa terjatuh. Tidak terhenti di situ, suspek kemudian memijak kepala mangsa berkali-kali sebelum bertindak melarikan diri.

Mangsa seorang pemabuk

Sekadar gambar hiasan

Akibat daripada serangan tersebut, mangsa yang tidak sedarkan diri telah dikejarkan ke hospital dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan parah pada bahagian kepala. Selepas 5 hari menerima rawatan di hospital, pada 17 Mei 2021, mangsa telah disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, mangsa sebelum ini merupakan penganggur dan anaknya yang telah mengajak bapanya itu bekerja di warung tersebut. Mereka berdua baru dua minggu bekerja di sana. Meskipun begitu, pemilik warung itu lebih mempercayai suspek bagi menguruskan warung berkenaan. Sementara itu, menurut jiran tetangga, mangsa merupakan seorang pemabuk dan ketika berada di bawah pengaruh alkohol, mangsa sering membuat kecoh di kampung dan mengajak orang ramai ‘bergaduh’.

Bukan itu sahaja, mangsa kerap bertengkar dengan anaknya bahkan dia tergamak menghalau anaknya keluar dari rumah. Oleh hal demikian, ahli keluarga dan jiran tetangga lebih bersimpati dengan nasib yang menimpa suspek.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×