berita

5 Hidangan Berasaskan Daging Di Sekitar KL Yang Patut Korang Cuba!

October 8th, 2020 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Siapa yang selalu ada masalah tak tahu nak makan apa? Lagi-lagi time keluar dengan member, bila tanya nak makan dekat mana, semua tak ada idea. Mulalah masa tu baru sibuk nak search kedai mana nak pergi kan?

Untuk memudahkan urusakan korang, biar admin tolong listkan beberapa tempat yang korang patut cuba untuk hidangan berasaskan daging. Yes! peminat daging, ni khas untuk korang tau!

1. Murtabak daging – Restoran Suberi, Keramat

Kredit foto sharinginfoz

Selain daripada terkenal dengan nasi kandar yang marvelous, Restoran Suberi juga ada Murtabak Daging yang power! Makan pula dengan kuah bawang dia, fuh! Confirmed satu keping tak cukup!

2. Daging bakar – Little Rara

View this post on Instagram

Lapaq ,mai pekena Daging Bakar ready !!!! #everybowlfromtheheart #noodlewithatitude #thaiklstreetfood

A post shared by Little Rara Thai Noodle House (@littlerara_thainoodle) on

Kalau korang pergi Little Rara tapi tak try daging bakar dekat sini percayalah korang sebenarnya sedang berada dalam kerugian. Daging dia lembut gila wehh! Daging lembut cicah sos padu, fuhh sedap teruk!

3. Sup tulang – Restorang Sambal Hijau, Penchala

 

View this post on Instagram

 

A bowl of hot soup just before it rains.

A post shared by Haaziq Zahar (@haaziq_mz) on

Orang Damansara mesti dah biasa berkunjung ke Sambal Hijau kan? Tempat ni setiap kali waktu makan tengah hari memang  penuh. Kalau korang tak tahu nak pilih lauk apa time makan, please cuba sup tulang. Korang takkan menyesal! Nasi panas dengan sup tulang memang kombinasi sempurna ya.

4. The roundhouse meat platter – Cowboys Food Truck

Teringin nak rasa American-style BBQ? Di sinilah tempatnya! The roundhouse meat platter merupakan hidangan lengkap, semua jenis daging ada. Ada kambing, daging lembu dan juga ayam. Kalau korang datang dengan kawan-kawan atau family pastikan order set ni, memang berbaloi!

5. Burger Daging Honey Mustard

Berita gembiraaaaaa! McDonald’s kini ada menu baru untuk korang try. Burger Daging Honey Mustard! Nama dia je dah bikin tak sabar nak makan geng.

Bayangkan kepingan daging digril empuk disempurnakan dengan sos honey mustard lalu diapit dengan ban bijan hitam putih. Fuhhh! Tak cukup dengan tu, ada pula keju meleleh dan sayuran segar sebagai pelengkap rasa. Memang superb!

Jangan lepaskan peluang untuk cuba sendiri burger ni sebab ia hanya boleh dinikmati untuk waktu terhad sahaja. Kalau korang lambat, melepaslahhh. So better be hurry than sorry ya guys :)

Antara seleksi burger daging dari McDonald’s yang syiokk!

Smoky Grilled Beef

Ini antara kegemaran admin setiap kali berkunjung ke McDonald’s. 100% recommended untuk korang cuba! Burger daging smoky grilled diperbuat dengan suku paun daging yang digril empuk sama seperti pilihan burger daging McDonald’s yang lain.

Burger ni padu sebab dia ada sos chipotle. Rasa pedas-pedas manis dari sos chipotle bergabung dengan rasa smoky daging tu. Ditambah pula dengan bawang yang digril secara keperangan dan keju semestinya menawan selera dan ekstra puas!

 Quarter Pounder Dengan Keju 

   

Hidangan yang satu ketika dahulu pernah mencetuskan kontroversi setelah dikeluarkan daripada menu McDonald’s ni ternyata mempunyai kredibilitinya yang tersendiri. Ia merupakan burger yang paling digemari peminat burger daging sehingga ada yang sanggup buat petisyen untuk kembalikan semula Quarter Pounder ke McDonald’s tak lama dulu.

Inilah masanya untuk korang lepaskan rindu pada rasa daging berjus yang dilengkapi dengan bawang, jeruk timun serta dua keping keju cheddar kemudian diapit ban bijan yang lembut. Mantap! Admin pun dah tak sabar nak ke McDonald’s berdekatan untuk rasai sendiri kelazatan burger daging McDonald’s.

Jom kita serbu McDonald’s sekarang juga! Untuk order secara dalam talian, korang boleh klik dekat sini je. Mudah dan pantas! Sesuai untuk korang yang sibuk dengan aktiviti harian dan tak ada masa untuk keluar beli makanan. Selamat mencuba!

SKIP THIS AD ×