berita

5 Item Penting Kena Bawa Bila Korang Ke Good Vibes Festival 2019. Jangan Ada Yang Tinggal!

June 14th, 2019 | by Epul
Shout Out!

Korang sukakan muzik eclectic yang lain daripada yang lain? Haa.. Korang mesti tau yang Good Vibes Festival 2019 akan kembali lagi untuk tahun ketiga. Festival yang menampilkan nama-nama besar dari seluruh dunia ni akan membawakan korang muzik daripada aliran indie, pop, hip hop dan muzik elektronik!

Sebelum korang nak have fun dekat Good Vibes Festival, ni kami nak share sikit beberapa item penting yang selalu korang lupa nak bawak bila ke Good Vibes Festival. Spent sikit masa korang untuk baca peringatan ni, supaya mood korang smooth je nak have fun nanti!

1. Pergi konsert tapi tak bawa tiket! Hmm..

Korang jangan gelak! Ini realiti yang selalu terjadi dalam kalangan pengunjung Good Vibes Festival. Bila sampai masa nak tunjuk tiket, rupa-rupanya tiket tertinggal kat rumah. Adoi! Kan dah membazir kena beli baru! Tapi, tu kalau boleh beli on-the-spot la. Kalau tak boleh, kenalah patah balik nak ambil tiket tu.

Yelah, takkan nak membazir dan lepaskan peluang korang menikmati muzik hebat daripada artis-artis terkenal seluruh dunia. Haa..Berita baik! Kalau korang masih belum sempat membeli tiket, ni kami nak bagitau yang U Mobile ada buat contest yang menawarkan tiket ke Good Vibes Festival ni!

U Mobile nak beri 20 pasang tiket Good Vibes Festival 2019 secara PERCUMA!

Siapa je tak suka kalau dapat tiket Good Vibes Festival secara percuma ni. Senang pula tu nak menang!

Langkah 1: Snap dan post gambar Unlimited OOTD di Instagram story korang,

Langkah 2: Hias gambar korang di Instagram story menggunakan aksesori GIF khas daripada UMobile (cari je ‘UMobileXGVF2019’ di bahagian GIF)

Langkah 3: Jangan lupa tag Instagram @myumobile, sertakan #UMobileXGVF2019

Langkah 4: Follow instagram UMobile.

20 orang peserta dengan OOTD paling awesome akan dipilih sebagai pemenang!

  • 5x pasang tiket VIP
  • 15x pasang tiket General Admission(GA)

So, jangan lepaskan peluang korang untuk rebut tiket percuma ke Good Vibes Festival 2019!

Okay sambung balik item yang korang kena bawa..

2. Bateri phone kong? Bawaklah power bank lebih!

Dah tau nak pergi Good Vibes Festival, cas la bateri phone korang bagi full. Dengan ramai artis yang akan membuat persembahan, korang mestilah nak rakam banyak video dan share ig stories dengan followers.

Kalau taknak menyesal bawak power bank, lagi bagus bawa extra ya. Takdelah terlepas peluang nak rakam moment sepanjang Good Vibes Festival dan paling penting OOTD korang!

Tapi kalau korang ni memang spesis pelupa, power bank tak bawa atau power bank pon habis bateri, jangan risau sebab UMobile ada sediakan charging station @UMobile zone. Kat situ akan disediakan loker, jadi korang boleh tinggalkan peranti korang untuk dicas buat sementara waktu.

3. Takut kasut berlecak? Bawa la selipar spare..

Good Vibes Festival akan diadakan di kawasan lapang The Ranch, Gohtong Jaya, Genting Highlands. So, korang yang pergi nanti tolonglah prepare sepasang selipar kalau korang sayang kasut korang yang cantik tu. Tak salah nak bergaya, tapi masa konsert tu korang bolehlah tukar kasut korang kepada selipar. Nak lagi senang, pakai je kasut but.

Barulah boleh layan konsert dengan tenang tanpa risau kasut korang kotor!

4. Bawa wang tunai secukupnya!

Dah happy layan konsert korang mesti lapar kan? Jangan risau sebab UMobile’s Unlimited Flavours akan bawakan Good Bites untuk mengaktifkan hari korang sepanjang Good Vibes Festival berlangsung nanti. Takdelah korang kelaparan sepanjang konsert nanti.

Tapi chupp… Jangah lupa bawa cash ye kalau boleh bawak lebih sikit, takut kad korang tak boleh swipe pulak!

Bukan tu je, ada macam-macam aktiviti menarik yang akan diadakan tau. Sementara tunggu artis kegemaran korang buat persembahan korang boleh la jalan-jalan kat sekitar kawasan tu.

5. Bawa beg yang selesa untuk isi barang berharga.

Enjoy-enjoy jugak, barang berharga korang jangan leka pulak letak kat mana. Tak pasal-pasal kena curi pun korang tak sedar. Pastikan semasa kat Good Vibes Festival nanti barang berharga korang tak letak merata dan kalau boleh bawalah bag pack kecil untuk letak barang-barang tu.

Jom meriahkan Good Vibes Festival 2019!

Peminat indie, hip-hop, pop atau muzik elektronik kat luar sana tu, jangan lepaskan peluang untuk berhibur di Good Vibes Festival pada 20-21 Julai 2019 nanti  di The Ranch, Gohtong Jaya, Genting Highlands.

Ramai barisan artis terkenal yang akan beraksi tau,  korang boleh check it out kat bawah ni. Banyak lagi nama-nama yang akan diumumkan. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang festival ni jangan lupa follow laman web rasmi Good Vibes Festival dan Instgram U Mobile.

So, jumpa korang di Good Vibes Festival 2019 dan kalau tak beli tiket jangan lupa join contest U Mobile. Mana tau rezeki korang menang tiket VIP. Jumpa kat Genting Highlands uoollss…

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×