berita

5 Jenis Followers Instagram Yang Korang Ada! Korang Suka Atau Menyampah?

April 6th, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Sekarang ni rasanya semua orang ada account Instagram kan? Dengan features baru macam instastory, stickers, gif dan filters yang best, bertambah seronok dok main Instagram ni.

Tak kurang juga yang gunakan account mereka untuk share resipi. Ha..yang itu sesetengah jelah macamtu.. yang lagi setengah kebanyakkannya perangai macam yang ditulis kat bawah ni.

Ada yang sama situasi dengan admin?

Itu share, ini share, semua pun share!

Yang ni paling lemah admin nak layan. Nak remove, kawan tapi kalau tak remove macam menyampah pun ada. Semua benda weh nak post! Kalau time lepak tak payah cerita lah memang setiap benda dia nak berhenti ambil gambar,aduhai..

Minimalist hipster

Yang ni kadang-kadang admin suka jugak. Sebab nampak macam teratur je gambar-gambar yang diorang post. Tak serabut. Editing dan caption pun selalu ngam!

Troll orang no.1!

Korang ada tak follow page-page yang suka buat komik atau meme? Admin suka follow sebab lawak betul komik diorang! Pantang ada apa-apa isu, cepat je buat komik nak perli haha..

Foodies

Ishh..marah betul kalau follow foodies ni. Suka follow sebab senang lah kalau nak g makan boleh refer situ je. Tapi ada ke patut pukul 12 malam tetiba diorang post gambar makanan sedap-sedap?

Tak ke geram, dah satu hal tidur dengan perut berbunyi..

Selfie power!

Kalau ada anugerah untuk selfie memang admin calonkan lah diorang ni. Power betul selfie diorang!

Lighting sentiasa on point, rambut atau tudung memang terletak je. Tak tahu macam mana diorang buat, tapi senyuman diorang pun sama je dalam semua gambar. Tak ada selfie yang buruk langsung!

So antara semua ni, korang yang mana?  Kalau selfie ni memang ngam dengan korang, admin ada berita baik!

Jom masuk contest Wall’s Selfie Ice Cream Sandwich ni!

Admin suggest, untuk korang yang suka selfie tu, join contest ni. Wall’s dengan kerjasama DFKL ada buat peraduan #WallsSnekfie!

Peraduan bermula pada 2 April 2018, 12:00am dan berakhir pada 6 Mei 2018, 11:59pm. Penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak layak menyertai peraduan.

Syarat-syarat nak masuk senang je! Korang mestilah…

  • Merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan keatas dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaganya sebelum menyertai peraduan ini dan apabila diminta oleh penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut.
  • Peserta dikehendaki membeli sekurang-kurangnya satu (1) Wall’s Selfie Ice Cream Sandwich dan menyimpan resit asal (“Bukti Pembelian”) agar berpeluang memenangi peraduan.
  • Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak mematuhi apa-apa Terma dan Syarat Peraduan ini atau jika penganjur berpendapat bahawa peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan penganjur.

Dan langkah-langkahnya pula..

  • Peserta hendaklah mengambil swafoto ‘selfie’ yang kelakar dan kreatif dengan Wall’s Selfie Ice Cream Sandwich, muat naik swafoto ‘selfie’ tersebut ke laman sosial Instagram masing-masing serta menggunakan tanda pagar ‘hashtag’ #WALLSSNEKFIE.
  • Peraduan akan diadili berdasarkan kreativiti serta kehadiran produk dengan peratusan khusus:
    a. 20% kehadiran produk
    b. 80% kreativiti (contohnya: betapa dramatik/kreatif ekspresi anda serta keserupaan imitasi/ekspresi dengan produk.)

Wow! Senangnya contest ni! Dapat hadiah apa ek?

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih untuk contest ni tau!

Korang berpeluang untuk merebut dua (2) Tiket Jemputan Eksklusif ke Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018, serta peluang untuk turun ke karpet merah DFKL bersama Azira Shafinaz!

Bestnya dapat g award lepas tu dapat pergi dengan artis pulak tu, letop sangat tau!

Untuk maklumat lanjut korang boleh baca dekat www.walls.com.my/wallssnekfie/

SKIP THIS AD ×