berita

5 Jenis Rawatan Kanser Yang Memerlukan Kos Yang Tinggi. Mahalnya!

September 14th, 2018 | by Mastura
Kini Trending

Tahukah korang 10 punca utama kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit? Penyakit ini selalu terjadi akibat gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan makanan yang berkolestrol dan tinggi kandungan lemak serta budaya merokok.

Daripada 10 penyakit ini, kanser berada di tempat ketiga dengan 13.6% kematian yang dicatatkan pada tahun 2016 berbanding 8.6% pada 20 tahun yang lalu. Bukan itu saja, kos rawatannya juga antara yang paling tinggi di Malaysia dan dijangka akan terus meningkat di masa hadapan!

Hmm.. Takutnya! Korang dah ready ke nak hadapi semua ni?

Apa yang korang perlu tahu tentang kanser?

Kanser adalah penyakit yang terjadi disebabkan oleh pertumbuhan tak terkawal sel-sel yang abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

Kanser merupakan penyumbang satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Antara jenis kanser yang popular ialah kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kanser kolon atau kolorektal, kanser pundi kencing, kanser ovari, endometrium, kanser tulang, kanser kulit dan leukemia.

Penyakit kanser ini dinamakan mengikut di mana ia bermula. Jika bermula di hati, maka nama kanser tersebut ialah kanser hati. Begitu juga sebaliknya.

Mahalkah rawatan untuk pesakit kanser?

Sumber: Berita Harian

Kalau dulu, kanser umpama hukuman mati kepada penghidapnya. Tapi, dengan kemajuan teknologi sekarang dalam bidang perubatan ramai pesakit kanser berjaya pulih. Namun, kebimbangan dalam kalangan pesakit kanser adalah apabila kos perubatan dan rawatan untuk penyakit itu meningkat saban tahun sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Semakin kronik penyakit itu, semakin tinggi kos rawatannya.

Menurut Majlis Kanser Nasional (MAKNA), ramai pesakit kanser tidak mampu menanggung perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan. Ia termasuk dalam aspek kewangan dan terdapat juga pesakit yang tidak berkeupayaan secara fizikal untuk mendapatkan rawatan dengan kerap.

Oleh sebab itu, kebanyakkan daripada mereka mengambil jalan mudah untuk berhenti atau meninggalkan rawatan sebelum selesai, sehingga membahayakan peluang untuk mereka pulih seperti sedia kala.

Rawatan untuk pesakit kanser

Walaupun tidak semua kanser dapat diubati namun dengan rawatan yang berterusan, sel kanser dalam badan pesakit dapat dibendung daripada terus merebak.

Pembedahan

Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.

Terapi radiasi

Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang diguna untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.

Imunoterapi

Rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.

Kimoterapi

Kimoterapi(kimo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser.

Sel tunjang

Sel tunjang atau sel stem kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana ia berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum-sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kimoterapi atau radiasi.

*sumber: Persatuan Kanser Amerika

Walaupun kos rawatan kanser mahal, tapi korang tau tak sebenarnya di Malaysia terdapat insurans yang membantu membiayai kos rawatan itu?

Dapatkan perlindungan kanser yang terbaik dengan PRUcancer X

Berikutan statistik peningkatan kanser yang sangat membimbangkan di Malaysia iaitu 100,000 pesakit setiap tahun, Prudential sebagai pembekal insurans tampil bagi membantu penghidap penyakit ini.

Untuk pengetahuan korang, Prudential telah melancarkan satu polisi insurans khas untuk melindungi pesakit kanser yang dikenali sebagai PRUcancer X. Ini berikutan rawatan untuk menyembuhkan penyakit kanser amatlah tinggi dan boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit (tidak termasuk kos-kos sampingan).

Apa yang lebih membimbangkan ialah statistik menunjukkan 48% pesakit kanser mengalami masalah kewangan setahun selepas diagnosis. Dengan PRUcancer X, pesakit kanser mendapatkan perlindungan dan rawatan yang terbaik untuk diri mereka ataupun keluarga tersayang.

Terdapat 5 manfaat yang diberikan oleh PRUcancer X ini:

  • Manfaat sehingga RM 2 Juta – Pelan ini memberikan korang perlindungan maksima supaya korang mendapat rawatan yang terbaik.
  • Perlindungan kanser peringat awal – Pelan ini juga menyediakan sebahagian daripada jumlah perlindungan apabila diagnosis jenis kanser tertentu termasuk karsinoma in-situ
  • Manfaat kepada waris – Jika berlaku kematian insurans ini akan memberikan manfaat kepada keluarga untuk membantu mereka menguruskan perbelanjaan pengebumian
  • Harga Premium yang berpatutan serendah RM 34 sebulan
  • Pendaftaran yang mudah – Hanya perlu menjawab soalan mudah khusus untuk risiko kanser sahaja.

Menarikkan manfaat yang ditawarkan? Untuk korang yang nak mengetahui lebih lanjut mengenai polisi insurans PRUcancer X, boleh layari www.prudential.com.my atau hubungi ejen-ejen Prudential yang berdekatan dengan anda.

Most Read Today