Tahun 2025 menyaksikan kemunculan K-drama yang bukan saja visual yang sangat kemas, malah turut hadir dengan plot yang menyentuh jiwa, thrilling, dan buat kita rasa ‘connected’ dengan watak-wataknya.

Kalau korang kaki K-Drama yang jenis suka layan sambil berangan dan menangis, senarai ni memang untuk korang!

1. Resident Playbook

Sumber: Netflix

Berlatar di hospital sibuk Yulje Medical Centre, drama ni bawa korang ikuti empat doktor pelatih (residen) dalam bidang obstetrik & ginekologi.

Di tengah-tengah kadar kelahiran yang makin menurun, mereka berdepan kecemasan, dilema etika dan cabaran dunia perubatan sebenar.

Tapi yang paling menyentuh pastinya momen persahabatan, kesetiaan dan ‘chaos’ dalam dunia perubatan yang jarang kita nampak.

2. Heavenly Ever After

Sumber: Netflix

Bayangkan cinta lepas mati, tapi dengan twist pelik tapi sweet.

Lee Hae-sook, seorang wanita tua yang ‘reunite’ dengan arwah suaminya di alam selepas mati tapi dia kekal tua manakala suaminya muda macam zaman mereka bercinta dulu.

Drama ni bawa vibe slice-of-life yang heartwarming, tapi dengan sentuhan fantasi yang unik.

3. The Haunted Palace

Sumber: Viki

Drama fantasi era Joseon ni kisahkan seorang pegawai istana, Yoon Gap, yang dirasuk roh Imoogi iaitu makhluk mitos Korea yang nak naik ke syurga.

Bila istana mula diganggu roh-roh perempuan penuh dendam, Yoon Gap bersama cucu seorang dukun, Yeo Ri, dan Raja reformis, Lee Sun, terpaksa bongkar misteri besar yang mungkin mengubah sejarah istana.

4. When Life Gives You Tangerines

Sumber: Netflix

IU dan Park Bo-gum dalam satu drama romantik yang heartwarming? Confirm tak boleh miss!

Mereka jumpa dalam situasi luar biasa dan slowly jatuh cinta sambil belajar tentang erti kesabaran, cinta & harapan.

Dengan barisan pelakon padu seperti Kim Seon-ho dan Moon So-ri, drama ni antara paling dinanti tahun ni.

5. Study Group

Sumber: Viki

Yun Ga Min nampak macam budak pandai biasa, tapi bila geng study group dia kena buli  tiba-tiba dia ‘switch on’ mode fighter!

Drama ni gabungkan aksi, emosi dan vibe anime live-action. Siapa sangka student nerd boleh jadi hero?

HONOR Pad X9a – The Ultimate K-Drama Companion!

Kalau korang kaki drama, HONOR Pad X9a memang adalah jawapannya!

Model ini dicipta khas untuk pengalaman menonton yang perfect baik dari segi visual, bunyi sampai ke bateri.

Kenapa Wajib Ada HONOR Pad X9a Untuk Layan K-Drama? Ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut.

Paparan 2.5K Ultra HD & 1.07 Bilion Warna

Hadir dengan papaparan 2.5 Ultra HD, setiap detail dalam drama nampak lebih hidup baik dari segi ekspresi halus pelakon sampailah ke keindahan negara Korea Selatan.

Quad Speaker Surround, 200% Lebih Kuat!

Bunyi dia bukan biasa-biasa guys! Bila ada scene emotional, confirm rasa macam berada dalam cerita tu.

Lagi-lagi bila OST yang penuh emosi dimainkan.

TÜV Rheinland + Eye Protection Features

Tak sakit mata walau marathon 10 episod straight – memang sesuai untuk ‘layan sampai lebam’.

Bateri 8300mAh, Tahan 11.7 Jam + 35W SuperCharge

Tak perlu risau bateri kong tengah climax. Bateri tahan lama, caj pun laju. Serius win!

Percuma Stylus + Keyboard!

Yes, semua ni korang dapat sekali dengan tablet ni — satu-satunya tablet bawah RM1000 yang bagi full set!

Ada AI Notes, AI Voice-to-Text & AI Formula Recognition!

Lepas habis drama, boleh terus guna untuk buat kerja, study, tulis nota atau ambil suara terus tukar jadi teks. Smart gila, weh!

Harga? RM999 Je – Lebih Murah Dari Model Sebelumnya!

Dengan spesifikasi yang upgrade dari model sebelum ni, tapi harga lagi rendah, serius memang berbaloi HONOR X9a untuk didapatkan! Korang akan dapat:

  • 11.5” skrin besar & ringan (475g je!)
  • 16GB RAM (8GB + 8GB Turbo)
  • 128GB storage
  • Keyboard + stylus percuma
  • 3 bulan VIP iQiyi secara percuma (masa promo!)

HONOR Pad X9a – Bukan Sekadar Tablet, Tapi ‘Drama Partner’ Anda

So, kalau korang nak layan drama dengan puas, kerja dengan lancar dan jaga mata dalam masa yang sama HONOR Pad X9a adalah jawapannya.

Tablet paling best dalam kelasnya, harga bawah RM1000 tapi feel premium.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan HONOR Pad X9a tau sebab ramai tengah aim!

Ketahui lebih lanjut dan dapatkannya dengan klik di SINI.