berita

5 Kisah Seram Yang Selalu Berlaku Menjelang Raya..Korang Pernah Rasa?

May 24th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Related image
Hari Raya ni memang antara hari yang ditunggu-tunggu selain Ramadan. Masa nilah nak berjumpa mak ayah, atok nenek, sanak keluarga, jiran dan kawan di kampung. Ahh..tak sabarnya!

Tapi, dalam kemeriahan menjelang Hari Raya tu, mesti akan terjadi kejadian-kejadian seram ni. Korang nak tahu apa yang seram sangat tu? Meh baca ni, lepas tu jangan lupa kongsi kejadian seram korang di Hari Raya pulak ya!

Bila terduduk atas tudung yang dah iron!

Biasalah, bila dah ramai-ramai beraya kat kampung tu, memang meriah dan tentunya kecoh! Mana yang berebut bilik air, yang sibuk isi kuih raya kat dapur, sibuk pakai baju raya dan jugak iron baju. Haa..para lelaki, meh admin nak bagi nasihat penting kat korang.

Bila korang nampak je shawl atau tudung yang dah siap bergosok terbentang lebar atas sofa, tolong jangan duduk! Kalau korang duduk, akan berlakulah kisah seram di pagi raya di mana, pemilik tudung tersebut akan mengamuk dan berkemungkinan korang akan dikejar keliling kampung!

Eh..macam mana boleh licin? Siapa yang makan?

Korang mesti ada kuih raya favourite korang sendiri kan? Selalunya, bila raya, kita paling sayang nak bawak keluar kuih raya favourite tu. Siap sorok sebab takut habis.

Tapi, berlaku perkara yang paling sadis apabila balang kuih raya favourite korang dah kosong dan tinggal serbuk kuih je! Rupanya, mak korang dah hidang kuih tu kat tetamu dan diorang pun dah makan sampai licin tak tinggal sebiji pun. Lalu, korang pun menangislah di bucu katil. Huhu..

Pagi raya, baju tiba-tiba dah bertukar saiz!


Korang ni punyalah excited nak sambut raya tahun ni. Siap tempah baju 5 bulan sebelum raya. Kononnya tak nak buat persiapan last minute. 5 bulan kemudian di pagi raya, masa nak sarung baju, tiba-tiba..zassss! Terkoyak lah pulak! Tulah..masa berbuka makan takde hari esok. Kan dah merasa jadi Hulk.

Jangan biarkan drama ni berulang guys. Jom Watsons bantu korang. Di Watsons, terdapat pelbagai produk yang boleh membantu korang mencapai bentuk badan idaman dengan selamat! Antaranya adalah..

 

Orang tegur kulit muka korang kusam…

Pagi raya tu, korang kemain siap dan make-up cantik-cantik. Biasalah raya pertama mestilah kena vogue sikit. Tapi boleh pulak tiba-tiba saudara korang yang dah setahun tak jumpa tu cakap muka korang kusam!

Ciss..ni tak boleh jadi ni! Eh, Watsons kan ada! Korang pun dengan pantasnya terus google website Watsons dan order kolagen dengan harapan kulit muka lepas ni berseri-seri dan awet muda! Ini antara produk-produk di Watsons yang korang boleh cuba..

Bawak satu rombongan datang beraya!

Korang ada tak keluarga atau kawan-kawan yang bila datang beraya tu dia akan bawak segala keluarga, adik beradik, ipar duai, jiran, satu kampung lah senang cerita! Memang penuh rumah beb.

Memanglah best bila orang datang beraya, tapi penatnya nak layan. Selalunya mak ayah kitalah yang paling penat melayan tetamu. Kesian diorang, sampai sakit-sakit badan. Haa..korang sebagai anak, apa kata stand by siap-siap makanan tambahan berkhasiat untuk diorang, contohnya seperti..

Janganlah ulang drama yang sama tahun ni! Jom shopping di Watsons, ada diskaun sehingga 50%!

Semua orang nak nampak cantik dan bergaya bila tibanya hari raya kan? Sebab tulah korang kena selalu jaga kesihatan dan kecantikan supaya drama-drama macam baju tak muat, kulit muka kusam, sakit-sakit badan ni tak terjadi lagi dan spoilkan mood raya korang.

Tak payah risau dah, Watsons kan sentiasa ada untuk membantu menyelesaikan masalah dan melancarkan hari korang! Lagipun, sekarang ada diskaun sehingga 50%! Wow!

Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk di Watsons, layari www.watsons.com.my.

 

SKIP THIS AD ×